Jujur merupakan antara sifat terpuji yang agak sukar ditemui dalam diri masyarakat kita pada hari ini. Ada yang terpaksa menipu dan ada juga yang saja-saja menipu. Malah lebih merisaukan lagi apabila ramai kanak-kanak pada hari ini sudah pandai yang bercakap bohong.
Tetapi lain pula dengan kisah yang dikongsi oleh Ummi Syuhada di laman facebook MATJHI berkenaan dengan seorang kanak-kanak yang menjual jagung. Apabila Ummi Syuhada bertanya kepada kanak-kanak ini berapa harga jagung yang dijual, kanak-kanak itu menjawab bahawa ayahnya meminta menjual dengan harga RM5 tetapi dia ingin menjualnya dengan harga RM6.
Walaupun wanita ini agak musykil dengan jawapan kanak-kanak itu dia tetap membelinya kerana menganggap kanak-kanak ini sangat jujur.
Dalam pada itu pelbagai komen positif yang ditinggalkan oleh warganet dan ramai yang memuji sikap kanak-kanak yang jujur itu.
Sikap kanak-kanak yang jujur itu patut dicontohi dan dijadikan teladan dalam kehidupan seharian kita. Orang yang jujur ni tidak rugi tau. Bahkan ramai yang sayang dan suka.
Sumber: Ummi Syuhada Via MAHN