Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hati-Hati, Bahaya Wayar Pengecas! Kanak-Kanak Ini Kaku Selepas Gigit Wayar

Hati-Hati, Bahaya Wayar Pengecas! Kanak-Kanak Ini Kaku Selepas Gigit Wayar

Kategori:
bahaya wayar pengecas

Wayar pengecas telefon kelihatan perkara biasa dan tidak membahayakan pun. Malah ada yang mengecas telefon disamping tempat tidur. Dan ada yang lebih teruk lagi apabila ada yang mendedahkan wayar pengecas yang masih mempunyai arus elektrik begitu sahaja.

Perkara tersebut amat membahayakan. Bukan membahayakan diri kita sendiri sahaja malah juga turut membahayakan nyawa orang sekeliling kita. Seperti mana yang berlaku di India dimana seorang bayi dikejarkan ke hospital selepas memasukkan wayar pengecas telefon pintar ke dalam mulut.

Kejadian itu dipercayai apabila bayi tadi tinggal sendirian di ruang tamu rumah datuknya. Menurut laporan berita dari negara berkenaan, ibu bayi ini terlupa untuk menutup suis pengecas telefon miliknya. Susulan kejadian itu, bayi ini disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Kejadian yang hampir sama juga berlaku di Amerika. Di mana bayi perempuan yang berusia 19 bulan telah melecur teruk di bahagian kiri bibir gara-gara mengigit wayar cas telefon yang masih terpasang.

Ramai yang menyangka voltan rendah dari pengecas telefon ini tidak mungkin membawa maut. Ya nilai voltan yang rendah tidak akan menyebabkan kematian namun arus yang mengalir pada jantung yang boleh menjadi punca kematian.

Jadi dinasihatkan kepada para ibu bapa dan semua agak lebih berhati-hati. Jauhkan segala perkakasan elektrik serta wayar daripada di capai oleh si kecil. Sebolehnya simpanlah segala perkakasan ini di tempat yang lebih selamat. Setiap kali mengecas telefon atau menggunakan apa-apa barangan elektrik pastikan suis tersebut ditutup.

 

 

 

 

tags: