Tindakan peniaga yang cuba mencekik harga terhadap pelanggan amatlah tidak masuk akal. Meskipun pelanggan sudah tahu harga tersebut, tetapi haruslah portion itu sesuai dengan harga.
Pelanggan berhak untuk membuat aduan atau marah dengan situasi ini, contohnya seperti kangkung portion sikit tetapi harga RM22. Itu sangat tidak masuk akal!
Wanita ini kongsikan video review beliau di TikTok wiwinbolmixdance makan di sebuah restoran viral. Sampaikan beliau mengatakan “adakah ini kedai yang diviralkan dan puji puji sedap sangat?”.
Manakan tidak beliau bengang apabila portionnya tidak masuk akal. Wajar lah beliau untuk memarahi situasi tersebut kerana ia seperti indah khabar dari rupa.
Sebelum beliau mengadu kepada pekerja kedai itu, beliau meminta untuk tengok menu daripada pekerja tersebut untuk mengesahkan betul atau tidak harga tersebut. Selepas dilihat dan benar bahawa harga tersebut adalah RM22.
Beliau mengatakan, dia tidak kisah dengan harga tetapi beliau kisah dengan portion sedikit tetapi harga mahal.
Tanpa memikirkan apa-apa, terus wanita ini bawa kangkung tersebut kepada staff di situ. Staff pula adalah warga asing, dan susah untuk bertutur dengan beliau.
Wanita itu terus bertanya “Are you sure this one is RM22?”
Staff itu menjawab tergagap dan menjawab “Two two!” menjawab sambil menunjuk nombor 2 di tangan dan membuka menu tunjuk kepada beliau.
Wanita itu terus tanya secara tegas kepada staff itu “Are you sure this portion RM22?”
Staff tersebut menunjukkan reaksi cuak dan terus wanita itu duduk kembali ke tempat duduk beliau makan.
Selepas duduk di tempat duduk, terus staff yang lain datang dan menerangkan kepada beliau. Kangkung tersebut telah habis dan akan gantikan dengan kailan.
Kangkung tersebut tak perlu dibayar tapi kailan tersebut harus dibayar dengan RM22 dan portion yang banyak.
@wiwinbollmixdance Nasib baik staf layan baik…angin dah naik dah ni😒#wiwinbollmixdance #wiwinreview
@wiwinbollmixdance Nasib baik staf layan baik…angin dah naik dah ni😒#wiwinbollmixdance #wiwinreview ♬ bunyi asal – WIWINBOLLMIXDANCE
Menjengah di ruangan komen semestinya akan mendapat komen yang tidak serius dari netizen kerana mereka terhibur dengan situasi wanita tersebut.
“Tu bukan kangkung kak, tapi tu kangkang!”, komen Rock Kimy tentang situasi kangkung mahal itu.
“Kangkung organik sis, kalau makan rasa ayam.”, komen Zai_omar untuk sentiasa husnuzon dengan perkara tersebut.
Kesimpulannya, janganlah menjadi peniaga yang tidak berhati perut dan mengenakan harga yang tidak sepatutnya.
Sebagai pengguna anda wajar untuk menenggakkan hak anda sebagai pengguna.
Kredit: wiwinbolmixdance
Baca Juga: Harga Sayur Makin Naik, Jadi Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!