Kari Ayam merupakan satu hidangan yang sangat menyelerakan dan aromatik. Kepada peminat kari mesti suka dan nikmati rasa kari ayam yang pekat dan wangi kan?
Menu ni Malaysian home dish dan pasti dekat di hati semua. Sangat enak bila dimakan bersama roti jala, pulut kuning dan juga nasi putih.
Boleh saja nak buat menu kari ayam kat rumah. Cukup mudah, guna resipi lengkap di bawah dan kari ayam tersedia untuk dihidangkan.
Resipi Kari Ayam
Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor ayam
- 2 1/2 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 tangkai daun kari
- 1 mangkuk santan
- 2-3 sudu besar kerisik
- 3 biji kentang
- Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk hiris halus (A):
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
Bahan-bahan untuk rempah tumis (B):
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil halba campur
Cara Penyediaan Kari Ayam Sedap:
- Bersihkan ayam yang sudah dipotong kepada bahagian kecil dan ketepikan.
- Bancuh serbuk kari dan serbuk cili bersama sedikit air supaya menjadi pes pekat.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A dan B sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili tadi. Kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan kacau lagi. Ulang proses selama minimum 3 kali.
- Setelah bahan tadi pecah minyak, masukkan ayam dan tutup seketika sehingga ayam separuh masak.
- Masukkan sedikit air jika takut kari hangus di bahagian bawah.
- Masukkan pula santan dan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuah menjadi pekat.
- Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang.