Jika dulu-dulu kita ke pasaraya besar seperti di Lotus misalnya, pasti kita akan tengok ada gerai yang menjual Kaya Ball panas-panas. Harga Kaya Ball dahulunya amatlah murah dan berbaloi jika dibeli. Tapi sekarang, nampaknya jualan Kaya Ball sudah tidak meriah seperti dahulu.
Kalau adapun, harganya begitu mahal lebih-lebih lagi ketika zaman inflasi sedang berlaku. Jadi, untuk menjimatkan kos dan masa, anda boleh buat sendiri di rumah guna acuan Takoyaki! Sedap sangat makan panas-panas apabila ia cair di mulut.
Teringin Nak Makan Kaya Ball Rangup Macam Dekat Kedai? Ini Resepinya!
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar serbuk penaik
- secubit garam
- 2 sudu besar gula kastor
- 1 cawan susu segar (dari 1 cawan kena kurangkan 2 sudu besar, boleh guna Dutch Lady Full Cream)
- 1 biji telur gred A yang dikacau terlebih dahulu
- 2 sudu besar butter yang dicairkan
- 1 sudu besar esen vanilla
- inti kaya yang dimasukkan dalam piping bag
Cara penyediaan
- Campur dan satukan semua bahan di atas.
- Gaul rata dan sebati, jika masih berketul-ketul, boleh blend tapi sekejap sahaja.
- Tuang adunan dalam botol muncung satu.
- Biarkan seketika dalam 10 minit.
- Panaskan non-stick pan kecil dengan api perlahan dan sapu sedikit minyak.
- Tuang sedikit adunan dan masukkan inti kaya.
- Tutup semula adunan dengan penutup periuk.
- Biarkan hingga naik gebu dan keperangan. Terbalikkan dan biarkan kaya ball anda masak.
Selepas siap, boleh lah hidangakn sebagai makanan petang-petang dengan keluarga. Kalau anak minta Kaya Ball seperti di pasaraya tu, kita dah tak perlu risau sebab dah boleh buat sendiri.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sumber: Zura Zul
Baca juga: Resepi Karipap Mini Rangup! Sesuai Dimakan Setiap Masa Di Mana Jua!