Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Walaupun Kecil Namun Besar Khasiatnya. Ini Dia Kebaikan Buah Limau Kasturi Yang Ramai Tak Tahu

Walaupun Kecil Namun Besar Khasiatnya. Ini Dia Kebaikan Buah Limau Kasturi Yang Ramai Tak Tahu

Kategori: ,
kebaikan limau kasturi

Di dunia ini terdapat pelbagai jenis limau. Malah di Malaysia sendiri terdapat lebih kurang 10 jenis limau yang boleh dimakan dan dibuat hiasan. Antaranya adalah limau nipis, limau kasturi, limau purut dan limau kerat lintang.

Jika anda perasan, buah limau yang sering kali dibuat air atau dimasukkan ke dalam masakan adalah buah limau kasturi. Buah ini sebenarnya berasal daripada Filipina dan kini sudah tersebar ke Malaysia dan seluruh Asia Tenggara.

Jika di negara Asia Tenggara, masyarakatnya akan menjadikan buah ini sebagai bahan masakan, di negara barat pula mereka menjadikan buah limau kasturi ini sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan berbau wangi serta buahnya yang menarik.

Kalau nak tanam buah ini sangatlah mudah. Cepat sahaja berbuahnya. Kalau tak tanam pun buah ini masih boleh dapatkan di pasar basah atau pun pasaraya.

Pokok buah limau kasturi ini renek dan boleh mencapai ketinggian lima meter sahaja. Biasanya pembiakkannya adalah dari biji benih atau keratan batang.

Walaupun buah limau ini memiliki pokok yang renek, buah yang kecil namun baunya sangat harum dan kuat. Malah ianya juga mempunyai khasiat yang sungguh luar biasa. Nak tahu apa khasiat limau kasturi tersebut? Jom kita ikuti perkongsian DrRizal Abu Bakar di bawah ini.

Khasiat buah limau kasturi yang ramai tak tahu

Kenapa perlu minum air limau kasturi? Limau kasturi kecil. Khasiatnya besar. Mudah tumbuh. Banyak guna di Asia tenggara untuk cerahkan kulit.

Di Vietnam. Masa nak sambut Lunar New Year limau kasturi digantung di sekeliling rumah. Mereka percaya ia akan bawa nasib baik sepanjang tahun tersebut.

Harganya murah. Yang tanam belakang rumah dapat free jer. Mudah disediakan. Selain detoks yang baik limau kasturi ada:

  1. Phloretin. Lebih tinggi dari epal. Lebih tinggi dari teh hijau. Bekal kuasa anti oksida luar biasa. Nikmatnya nanti ialah awet muda
  2. Vitexsin. Bahan power untuk darah tinggi dan jantung. Turunkan tekanan darah. Kikis lemak kolesterol jahat.
  3. Asid Ferulik. Untuk hilangkan kedut pada kulit.
  4. Vitamin C. Bantu serap iron. Kuatkan sistem imun. Percepat penyembuhan luka.
  5. Vitamin A. Beta carotene. Baiki penglihatan. Anti-aging.
  6. Fiber. Bantu bakar lemak untuk turunkan berat. Campur dengan daun pudina. Letakkan madu. Nikmat dan khasiat diraih selalu.

Jelas sekarang kan kebaikan buah limau kasturi ini? Patut pun orang-orang dahulu sering mengamalkan minuman buah limau ini. Malah jika anda perasan, banyak sangat masakan orang zaman dahulu yang sering diletakkan buah limau ini.

Jadi kalau anda semua nak kelihatan cantik, sihat, awet muda bolehlah amalkan selalu air buah limau kasturi ini. Rasanya pun tak masam tau. Memang tak rugi kalau anda semua amalkannya. Tak payah dah nak habiskan ribuan ringgit untuk membeli produk mahal.

Kredit: DrRizal Abu Bakar

Baca juga: Semua Kena Buat! Ini Cara & Tips Simpan Beras Untuk Kegunaan Waktu-Waktu Kecemasan

tags: |