Sejak beberapa kebelakangan ini, sayuran hijau Bayam Brazil ini kerap menjadi sebutan. Ia sedap di makan mentah begitu sahaja atau dijadikan hidangan masakan. Banyak khasiat yang dimiliki oleh Bayam Brazil ini.
Bayam Brazil atau nama lainnya Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu Lettuce. Ianya juga dirujuk secara saintifik sebagai Althernathera sissoo adalah tanaman sayuran yang mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang yang berasal daripada brazil.
Daunnya tidak berlendir dan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat. lain pula bagi masyarakat Brazil dimana ianya dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak masak.
Hakikatnya bayam brazil adalah tanaman yang amat baik dan sangat bagus untuk tubuh badan kita.
Sumber: Komuniti Mutiara – 1rumah1kebun