Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nilai Ringgit Makin Kecil?”, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Beli Keropok Lekor, Harga 50 Sen Sekeping

“Nilai Ringgit Makin Kecil?”, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Beli Keropok Lekor, Harga 50 Sen Sekeping

Kategori:
harga 50 sen sekeping

Dalam kegawatan ekonomi yang berlaku dari hari ke hari, harga barang juga turut meningkat. Misalnya, harga bahan mentah seperti tepung gandum dan minyak masak. Oleh sebab itu, harga jualan makanan juga berlaku peningkatan yang ketara.

“Nilai Ringgit Makin Kecil?”, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Beli Keropok Lekor, Harga 50 Sen Sekeping

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pelanggan yang membeli keropok lekor dan pisang goreng di laman Facebook, ia mengejutkan orang ramai kerana peningkatan harganya. Katanya, harga bagi sekeping keropok lekor dan pisang goreng masing-masing berharga 50 sen.

“Nilai ringgit yang semakin mengecil. Sekeping pisang goreng 50 sen. Sekeping keropok lekor 50 sen. Disebabkan teringin beli juga. RM5 makan seorang. Dulu RM5 penuh sepinggan. Betul, harga barang hampir semua naik sekarang,” kata pelanggan bernama Linn Hasim itu.

Menerusi hantarannya, dia menunjukkan gambar pisang goreng dan keropok lekor yang dibelinya itu, Oleh kerana itu, ramai yang memberi komen menurut pandangan masing-masing atas harga yang dikenakan untuk sekeping keropok lekor dan pisang goreng tersebut.

Dulu Beli RM5 Penuh Pinggan, Sekarang RM5 Makan Sorang

harga 50 sen sekeping

Ada yang beranggapan harga sedemikian memang harga cekik darah dan ada juga yang menyatakan bahawa faktor harga minyak masak naik merupakan punca utama kenaikan harga berlaku.

“Mahal sangat ni sis, betul-betul cekik darah,” kata Amilia.

“Tengok peniaga juga, ada yang murah lagi dan ada yang cekik darah. Pilihan kita yang buat,” kata netizen lain bernama Bob Zain Salleh.

“Saya nak beli goreng pisang tapi tak jadi. RM2 4 keping pisang potong 3. Bayangkan setandan pisang berapa dia boelh dapat. Rezeki masing-masing. Saya tak beli anak ramai macam tak berbaloi kena masak sendiri baru kenyang, hahaha,” kongsi Nadia Zainal.

Mahal Sangat Ni, Mungkin Cekik Darah

harga 50 sen sekeping

Selain itu, meninjau komen netizen lain juga, ada yang berkongsi bahawa harga pisang goreng sebegitu sudah standard pada zaman sekarang. Ia amat merunsingkan jika memandang apa yang akan terjadi dengan kenaikan harga pada masa hadapan.

“Sama macam sekolah anak saya. Sekolah agama. Keropok lekor 3 keping RM2. Nak pengsan mak dengar. Kena faham situasi sekarang, minyak masal pun mahal berganda-ganda,” kata ibu bernama Fiza menceritakan harga keropok lekor yang dijual di sekolah anaknya.

“Semua barang memang mahal. Bergantung kepada kita. Kalau kita rasa berbaloi beli, beli lah. Kalau rasa tak berbaloi, tak payah beli. Kalau ahli keluarga ramai, lebih baik beli bahan-bahan masan sendiri dekat rumah makan ramai-ramai. Dekat rumah lagi jimat,” komen seorang netizen memberi pandangan dalam hantaran keropok lekor harga 50 sen sekeping.

Netizen Kongsi Pandangan Kenapa Makin Mahal

harga 50 sen sekeping

Dengan kisah keropok lekor dan pisang goreng harga 50 sen sekeping yang dikongsi ini, semuanya terletak pada tangan pengguna sendiri. Jika rasa harga sesuatu jualan itu berbaloi, maka belilah dan begitu juga sebaliknya.

Semoga ada sinar untuk harga stabil kembali mengikut kos sara hidup yang berpadanan dengan kehidupan harian.

Sumber: Linn Hasim

Baca juga: “Mungkin Terlupa..”, Pelanggan Siap Makan Terus Balik Tanpa Bayar, Peniaga Restoran Halalkan Jika..

tags: | | |