Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home ยป Berita ยป “Order Nasi Lemak, Tapi Sambal…”, Lelaki Ini Kecewa Nasi Lemak Yang Dibelinya ‘Kosong’

“Order Nasi Lemak, Tapi Sambal…”, Lelaki Ini Kecewa Nasi Lemak Yang Dibelinya ‘Kosong’

Kategori:
sambal

Jika sebut tentang makanan popular Malaysia, nasi lemaklah antara makanan yang selalu disebut-sebut kerana semua bangsa tidak mengira agama di negara ini suka akan nasi lemak.

Ia adalah makanan yang selalu dimakan oleh orang Malaysia untuk sarapan kerana rasanya yang mengenyangkan dan murah. Ia juga banyak dijual di gerai-gerai tepi jalan dengan hidangan lauk yang pelbagai.

Lauk yang digabungkan bersama boleh mengikut citarasa dan selera setiap orang. Ada yang makan bersama sambal bilis, sambal sotong ataupun sambal udang. Biasanya, ia disajikan bersama telur rebus, kacang dan timun sebagai ulam.

“Order Nasi Lemak, Tapi Sambal…”, Lelaki Ini Kecewa Nasi Lemak Yang Dibelinya ‘Kosong’

Tetapi, hal yang lain terjadi kepada salah seorang pengguna TikTok yang bernama @fitiri_ahsu apabila ia berkongsi pengalamannya membeli nasi lemak kosong yang betul-betul kosong. Ia bermaksud, ia tidak disajikan bersama sambal yang menjadi gabungan wajib makanan berkenaan.

sambal

 

sambal

Menurutnya, dia memang kerap memesan nasi lemak kosong di gerai berkenaan, tetapi tidak menyangka nasi yang dibelinya itu tiada sambal. Dia yang teruja untuk memakan nasi itu kecewa dan hanya mampu menelan air liur sahaja.

“Tu lah sebab dah terlalu biasa beli dekat situ so dapat lah nasi lemak luar biasa hahaha,’ jelasnya dalam nada berseloroh.

Dia juga berkata, “yang kita ni dah telan air liur nakย  makan sekali tengok betul-betul nasi lemak hahaha,” tambahnya lagi.

@fitri_ahsu #nasilemak #support #ttsboleh #fyp #tiktoker#tiktok#tiber โ™ฌ suara asli – ๐ŸคŽ๐“ญ๐“ญ_๐“ฎ๐“ท๐”‚ใ€ฝ๏ธ

Menjengah ke ruangan komen, netizen bersependapat bahawa peniaga itu mungkin lupa untuk meletakkan sambal di dalam nasi yang dibeli lelaki terbabit atas beberapa faktor.

Misalnya, pengguna TikTok yang bernama @middleofnight345 berpandangan “mungkin dia lupa letak sambal tu,” katanya di dalam ruangan komen.

“Mungkin Lupa Letak Sambal”

sambal

Jadi, kedua-dua pihak antara penjual dan pembeli haruslah masing-masing memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Penjual haruslah memahami apa pesanan yang dipesan pelanggan dengan ‘double confirm’ pesanan yang dapat.

Dan, pelanggan juga haruslah memberi pesanan yang betul dan jelas kepada penjual lebih-lebih lagi kadang-kadang penjual tidak ‘menang tangan’ apabila ramai pelanggan datang ke gerai atau kedai dalam satu masa.

Sumber: fitri_ahsu

Baca lagi: Beriya Sediakan Makanan Untuk Kawan Datang Beraya Tapi Cancel Last Minit, Lelaki Ini Hanya Mampu Senyum Hampa

tags: | | |