Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Caj Harga Macam Zaman 90-an, RM13 Untuk Tiga Orang Makan. Netizen Kagum Harga Murah

Caj Harga Macam Zaman 90-an, RM13 Untuk Tiga Orang Makan. Netizen Kagum Harga Murah

Kategori:
harga macam zaman 90-an

Dalam kenaikan harga barangan mentah yang semakin menaik, pasti ramai peniaga yang harus dan terpaksa menaikkan harga jualan mereka. Ini kerana kos-kos lain yang harus ditampung misalnya gaji pekerja, bil elektrik harus juga diambil kira.

Tetapi ia tidak berlaku kepada seorang peniaga nasi campur apabila masih mengekalkan harga makanan dengan harga yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Orang ramai menyifatkan kedai ini sebagai kedai zaman 90-an.

Caj Harga Macam Zaman 90-an, RM13 Untuk Tiga Orang Makan. Netizen Kagum Harga Murah

harga macam zaman 90-an

Murah ibarat harga makanan seperti zaman 90-an membuatkan netizen kagum dengan operasi kedai makan di Medan Selera Puchong Perdana, Puchong, Petaling Jaya.

Kedai makan itu meraih pujian netizen selepas satu perkongsian video yang dimuat naik pengguna TikTok, M. Abdul Salam mengenai harga makanan yang hanya berjumlah RM13 untuk tiga orang makan.

Pengguna TikTok itu  berkata, selama setahun dia makan di kedai tersebut, harganya tidak pernah berubah dan pihak kedai makan masih mengekalkan harga sama.

“Ini bukan silap kira ya. Dah setahun saya makan di sini dan harganya memang save pocket. Saya orang Gombak, terkejut juga bila mula-mula sampai Puchong, tiga orang makan pun baru  RM13,” katanya.

Setahun Makan Dekat Sini, Harga Tak Pernah Berubah

Menurut video berkenaan, tiga pelanggan yang memakan nasi campur itu masing-masing mempunyai lauk ayam dan ikan yang bersaiz besar. Agak memeranjatkan apabila jumlah kesemuanya hanya dikira RM13.

@muhammadabdulsal16♬ original sound – Ernity

Meninjau ruangan komen, perkongsiannya itu meraih perhatian dan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kagum, selain ada juga yang mempersoal harga makanan tersebut.

“Salah kira kot ni, takkan nasi campur tiga, air tiga, RM13 tambah dengan lauk ayam dan ikan,” komen seorang pengguna TikTok bernama HaziqQu.

“RM13 semua? Murah gila tu, moga tuan kedai sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” kata netizen bernama Nazrin dalam kisah caj harga macam zaman 90-an itu.

harga macam zaman 90-an

“Bos itu kedai kawan saya punya mak. Makcik tu memang selalu bersedekah,” komen netizen lain dengan nama Captain.

Tuan Kedai Memang Suka Berniaga

harga macam zaman 90-an

Harga macam zaman 90-an yang dicaj oleh peniaga ini mungkin sudah disertakan dengan sedekah demi membantu orang ramai untuk mengisi perut. Terima kasih kepada tuan kedai, semoga dimurahkan rezeki dengan lebih lagi.

Sumber: M.Abdul Salam

Baca juga: Orang Meja Sebelah Hembus Asap Rokok, Pelanggan Ini Tak Selesa & Ambil Keputusan Buat Macam Ni..

tags: | |