Sebut sahaja Kedai Mamak, pasti ramai di antara pembaca Daily Makan yang menjadi penggemar makanan Mamak kerana kesedapan dan kepelbagaian yang tersedia di sana.
Roti Canai? Mi Goreng? Nasi Kandar? Tomyam? Sebut sahaja apa jua makanan yang anda nak? Pasti akan dapat di sana. Fleksibiliti waktu operasi 24 jam juga menjadikan Kedai Mamak sebagai pilihan popular untuk lepak bersama kawan-kawan dan keluarga. Pesan sahaja teh tarik, kita boleh berbual di sana hingga pesan segelas teh tarik yang seterusnya. Ia sememangnya menjadi pilihan ramai.
Lantaran itu, seorang pengguna Facebook membuat satu pemerhatian yang akhirnya tular di media sosial tentang Kedai Mamak menjadi pilihan ramai.
Katanya, walaupun tanpa sebarang pemasaran (marketing) yang bagus dan meluas, Kedai Mamak tetap boleh bertahan lama dari kedai-kedai biasa.
Jarang nampak kedai mamak ni lokasi dia bukan corner lot. Dia ambek corner lot macam ni ada faktor marketing, ada faktor exposure yang lebih luas berbanding lot belah dalam. Kita drive je masuk kawasan tu, kedai pertama kita akan nampak kedai mamak.
Signboard bukan kecik anak, tapi sebesar alam, dari jauh dah nampak. Marketing approach juga ni.
Pemilihan cat kedai tak pernah ambek yang gelap, semua terang-terang: putih, hijau, kuning; faktor marketing juga.
Sentiasa Bertanya Pelanggan Nak Pesan Apa? Once kita duduk, paling kurang ada 3-4 orang pelayan yang berbeza tanya “Sudah order?” — serving people, doing marketing activities.
Masuk kedai, menu makanan bergambar besar-besar terpampang dekat dinding; product exposure, marketing.
Wifi password pelanggan tak perlu minta, sekali toleh dinding dah nampak; memudahkan pelanggan, serving customers.
Tak cukup tebar roti canai, dia bawa masuk nasi kandar, tom yam, nasi lemak, mee wantan, satay; semua dia tapau, memasarkan lebih banyak pilihan untuk pelanggan.
Pelayan semua pakai topi, tebar roti canai terbuka luas pelanggan nampak, susunan paket Maggi mesti jelas.
Biji kelapa hijau yang nampak fresh atas meja, menaikkan jualan tanpa buka mulut.
Kita kena tengok marketing ni as a whole, dia bukan sekadar buat banner bunting, buat FB ads berbayar, buat content di media sosial, dia tak terhad dekat situ.
Dan semua di atas tu, team Kedai Mamak tahu diorang tak mampu nak lawan dengan locals punya talent, jadi diorang hempas pulas melayan pelanggan yang bakal masuk dan sudah masuk macam raja macam permaisuri, itu marketing, itu layanan, itu yang akan memberikan hasil yang lebih baik kepada bisnes, tengok marketing ni “as a whole”, menyeluruh.
Exposure, serving, after sale, lead generating, product placement, location, more choices etc.
Dia menambah, dia bukan nak menangkan Kedai Mamak, tapi mahu semua sama-sama belajar apa yang tersedia depan mata. Yang jernih kita ambil, yang keruh aku malas nak mention.
Belajarlah, top up ilmu tu selalu.
Sumber: Mag Malaya Ahmad
Baca juga: Tukar Kebun Sayur Jadi Taman Tema Demi Anak-Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Habis Ribuan Ringgit