Nasi ayam merupakan makanan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia dengan keunikan dan kesukaran untuk memasak menjadikan nasi ayam sebagai makanan pilihan yang paling popular untuk rakyat Malaysia tidak kira waktu.
Di bawah terdapat senarai kedai makan yang menyediakan nasi ayam di Kuala Lumpur yang pastinya tidak mengecewakan anda. Jadi kalau tiba-tiba tekak teringin nak makan nasi ayam boleh makan di kedai dalam senarai dibawah ini.
Kedai makan Nasi Ayam Mancongkam ini berkonsepkan layan diri. Siapa yang ingin memesan hidangan yang disediakan boleh berurusan di kaunter. Antara dua menu yang popular di Mancongkan Chicken Rice ini adalah Nasi Ayam Garing dan juga Nasi Ayam Biasa.
[foogallery id=”6314″]
[foogallery id=”6317″]
Jika anda berada di Desa Setapak, mungkin anda boleh mencuba Nasi Ayam Pak Mus ini. Pastinya selepas mencuba nasi ayam di sini anda tidak akan menyesal. Sesiapa yang tinggal di kawasan ini pasti pernah ke kedai Pak Mus Nasi Ayam ini.
[foogallery id=”37454″]
[foogallery id=”37458″]
Melawati di ambil daripada nama Taman Melawati itu sendiri. Pastinya jika di tanya pada penduduk sekitar, nasi ayam mana yang sedap, jawapan mereka pastinya Nasi Ayam Hainan Aunty ini. Harga bagi nasi ayam Hainan di sini hanyalah RM5 sahaja. Memang sangat berbaloi kan?
[foogallery id=”37463″]
[foogallery id=”37475″]
Berada di sekitar Bukit Bintang? Mungkin anda boleh mencuba nasi ayam di Nasi Ayam Hainan Chee Meng ini. Memang ramai yang mencadangkan kedai ini. Sangat sesuai untuk mengalas perut pada waktu tengahari, petang dan malam.
[foogallery id=”6326″]
[foogallery id=”6339″]
Nasi di Kedai Ownn Nasi Ayam ini memang sangat menyelerakan. Rasanya yang cukup juicy pastinya membuatkan kita teringat-ingat akan keenakan nasi ayam di sini. Kerana keenakan nasi ayam ini, memang ramai yang mengumpamakan kedai ini adalah kedai makan terbaik di Kuala Lumpur.
[foogallery id=”6353″]
[foogallery id=”6364″]
Jauh berbeza dengan kedai makan nasi ayam yang lain. Mungkin kerana hidangan ayamnya. Jarang sekali kedai nasi ayam yang menyediakan nasi ayam yang dibakar sebegini rupa. Kebanyakan kedai di luar sana sama sahaja tapi disini jelas kelihatan sangat berbeza. Pastinya ia merupakan salah satu sebab kenapa ia sering dikunjungi orang ramai.
[foogallery id=”37487″]
[foogallery id=”37488″]
Teringin nak makan nasi ayam yang sedap dan rasanya lain daripada yang lain. Mungkin anda boleh ke kedai Nasi Ayam Tauge Gombak ini. Lebih-lebih lagi kalau anda hantu tauge. Anda wajib ke sini kerana mereka menyediakan nasi ayam bersama-sama dengan tauge. Pastinya ia akan menjadi salah satu makanan kegemaran anda!
[foogallery id=”37497″]
[foogallery id=”37501″]
Kampung Datuk Keramat memang terkenal dengan lambakan kedai yang boleh dikatakan sedap dan menyelerakan. Salah satu daripadanya adalah Nasi Ayam Mash ini. Apa yang menariknya di Ayam Mash ini adalah kicapnya yang lain daripada yang lain.
[foogallery id=”6380″]
[foogallery id=”6391″]
Teringin nak makan nasi ayam? Mungkin kedai Nasi Ayam Maharaja Keramat Permai ini yang patut anda tuju. Mereka menyediakan nasi ayam bersama minuman secara percuma dengan harga yang menjimatkan. Jarang sekali kedai yang menyediakan minuman secara percuma seperti ini kan?
[foogallery id=”6437″]
[foogallery id=”6456″]
Nasi Ayam Hailam ini pernah dikunjungi oleh perdana menteri Malaysia tau. Rasa dia memang sedap. Mungkin anda boleh kunjungi kedai ini sekiranya anda peminat nasi ayam yang rasanya lebih ori dan meminati tempat yang tertutup seperti ini.
[foogallery id=”6465″]
[foogallery id=”6476″]
Nak cari kedai nasi ayam yang terbaik di kawasan Pandan? Mungkin Nasi Ayam Bonda ini adalah tempatnya. Cara hidangan ayamnya yang jauh berbeza dengan kedai lain, pastinya ia memukau selera anda. Tambahan pula, kedai ini pernah dikunjungi oleh bekas perdana menteri kita iaitu Najib Razak. Walaupun kedainya kelihatan kecil tetapi rasa hidangan mereka ini sangatlah luar biasa!
[foogallery id=”6482″]
[foogallery id=”6492″]
Hidangan ayamnya yang sangat crispy dan disaluti dengan kicap pastinya membuatkan ia laris. Siapa yang pernah ke sini pasti tahu tahap kesedapannya yang sangat luar biasa! Jika anda sekarang berada di kawasan lembah keramat, mungkin Nasi Ayam Lembah Keramat ini tempat makan yang patut anda kunjungi.
[foogallery id=”6500″]
[foogallery id=”6515″]
Jika ingin menikmati nasi ayam dengan hidangan ayam yang lain daripada lain dan kuah sup yang kosong, bolehlah singgah di Warung Nasi Ayam Pak Ayub ini. Selain daripada nasi ayam, kedai ini juga turut menyediakan roti canai dan beberapa menu lain yang sememangnya menyelerakan!
[foogallery id=”6566″]
[foogallery id=”6578″]
Nasi Ayam Ipoh bersebelahan dengan medan sate pastinya sangat sesuai untuk anda sekeluarga menikmati nasi ayam di sini. Ramai pelanggan yang membanjiri gerai ini untuk menikmatinya. Mungkin bagi sesiapa yang tinggal berdekatan City Centre pasti sering atau tahu kedai ini.
[foogallery id=”6596″]
[foogallery id=”6599″]
Sekali sekali teringin nak makan nasi ayam yang lain daripada yang lain? Mungkin anda perlu ke Restoran Ewa ini. Dibuka sehingga lewat malam mungkin ini port yang sesuai untuk anda makan-makan sambil bersembang dengan rakan-rakan atau keluarga. Antara yang terlaris di sini adalah Nasi Ayam Crispy dan juga hidangan Cina-Muslim yang lain.
[foogallery id=”6613″]
[foogallery id=”6618″]
Berada di sekitar Maluri? Alang-alang berada di sana isi sahaja perut anda dengan mencuba hidangan di sini. Kedai ini bukan sahaja terkenal dengan Ayam Goreng Kunyitnya yang special malah ada juga menu lain yang mana boleh buatkan berat badan anda naik.
[foogallery id=”6635″]
[foogallery id=”6640″]
Isa Nasi Ayam merupakan salah satunya kedai nasi ayam lokall yang wajib anda kunjungi. Ia boleh diibaratkan kedai nasi ayam tempatan yang paling power! Walaupun kedainya kelihatan biasa sahaja namun rasa hidangan nasi ayam di sini antara yang tersedap di Kampung Pandan.
No telefon : 013-362 6641
[foogallery id=”6643″]
[foogallery id=”6651″]
Nasi ayam memang sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Sama ada untuk sarapan atau makan tengahari. Sekiranya anda teringin menjadikan nasi ayam sebagai sarapan pagi mungkin anda boleh kunjungi Pak Yob Tip Top ini kerana seawal 6.30 pagi kedai ini sudah dibuka. Tempatnya juga luas dan makanan di sini jga tak pernah mengecewakan!
[foogallery id=”6656″]
[foogallery id=”6661″]
Nasi Ayam Mass merupakan kedai yang memang terkenal dengan nasi ayam yang murah dan sedap. Satu hidangan hanyalah berharga RM5. Portion yang disediakan juga banyak, memang mengenyangkan. Jadi sekiranya anda berada di sekitar Taman Setiawangsa, anda wajib kunjungi kedai ini!
[foogallery id=”6664″]
[foogallery id=”6667″]
“The best chicken rice in Sungai Besi”, mungkin itu adalah ayat yang sesuai digambarkan untuk nasi ayam di Suasa Corner Sungai Besi ini. Sering dikunjungi oleh warga terdekat dan orang luar. Kadangkala memang penuh kedai ini. Pastinya nasinya yang lembut dan sedap adalah sebab kenapa ia sering dikunjungi orang ramai!
No telefon : 012-357 1175
[foogallery id=”6670″]
[foogallery id=”6676″]