Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Semua Telur Telah Dicuci..”, Viral Video Dakwa Tak Cuci Telur, Pemilik Gerai Roti Canai Minta Maaf Lalu Tampil Bagi Penjelasan

“Semua Telur Telah Dicuci..”, Viral Video Dakwa Tak Cuci Telur, Pemilik Gerai Roti Canai Minta Maaf Lalu Tampil Bagi Penjelasan

Kategori:
tak cuci telur

Roti canai merupakan makanan yang menjadi pilihan terbanyak rakyat Malaysia. Hidangan tersebut dimakan tidak kira waktu kerana rasanya yang sedap dan ia memang hidangan yang mengenyangkan.

Bercakap mengenai roti canai, semalam tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan seorang pekerja gerai roti canai di Pulau Pinang menimbulkan kontroversi dalam kalangan orang ramai.

Pekerja tersebut didakwa mengambil telur ayam yang tidak dicuci dan meletakkannya di dalam satu bakul berhampiran tempat menebar roti.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan juga dilihat tidak menyusun telur dengan baik sehingga menyebabkan ia pecah sebelum meneruskan menebar roti untuk pelanggan. 

“Semua Telur Telah Dicuci..”, Viral Video Dakwa Tak Cuci Telur, Pemilik Gerai Roti Canai Minta Maaf Lalu Tampil Bagi Penjelasan

tak cuci telur

Lalu, pemilik gerai Roti Canai Transfer Pulau Pinang tampil meminta maaf dan memberi penjelasan berikutan video yang tular hingga menimbulkan kontroversi di antara penikmat roti canai di media sosial.

“Kami minta maaf, memang salah pekerja saya tapi semua telur ayam itu telah dibasuh sebelum digunakan,”.

Demikian jelas pemilik gerai roti canai Jalan Transfer, Shahjahan Abdul Hamid, 50, ketika diminta mengulas mengenai video tular menunjukkan pekerjanya didakwa menggunakan telur ayam tidak dicuci selain menebar roti canai selepas mengambil telur tersebut.

tak cuci telur

Menurut Shahjahan, dua pekerjanya tidak hadir semalam. Ia menyebabkan keadaan di premis berkenaan kelam kabut sekali gus membuatkan ada pekerjanya yang lain bertindak sedemikian.

“Video tersebut dipercayai dirakam oleh pelanggan yang sedang menunggu pesanannya semalam.

“Kami minta maaf, memang salah pekerja saya. Tambahan pula musim cuti sekolah ramai pelanggan membuatkan pekerja saya membuat kerja dalam keadaan tergesa-gesa.

“Memang kami cuci semua telur ayam tersbeut sebelum digunakan namun mungkin keadaan semalam pekerja saya membuangnya begitu dalam bakul disediakan membuatkan keadaan kelihatan seolah-olah ia tidak dibersihkan,” katanya berkenaan isu tak cuci telur tersebut.tak cuci telur

Pekerja Tidak Datang, Restoran Ramai Pelanggan Mengakibatkan Kelam Kabut

Dalam agama Islam, telur perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan kerana bimbang najis masih terdapat di kulitnya.

Mengulas lanjut, Shahjahan berkata, pelanggan ke premisnya hari ini kekal dalam kuantiti sama selain tiada yang hadir bagi meminta penjelasan berhubung video tular itu.

“Saya sedar akan video tular itu malam tadi dan alhamdulillah pelanggan masih kekal ramai hari ini,” jelasnya dalam isu tak cuci telur itu.

Sumber: Malaysia Gazette

Baca juga: Pelanggan Menyorok Dalam Baju Elak Kena Kacau Dengan Pontianak, Restoran Bunian Haunted Cafe Bagi Pengalaman Seram Untuk Pelanggan!

tags: |