Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Ini Rupanya Kegunaan Rempah Ratus McCormick Dan Bahan Dapur Lain Yang Wajib Korang Tahu

Ini Rupanya Kegunaan Rempah Ratus McCormick Dan Bahan Dapur Lain Yang Wajib Korang Tahu

Kategori:
kegunaan rempah McCromick

Mesti mak-mak biasa tengok rempah ratus yang terbungkus kemas dalam botol yang cantik ini. Tapi mungkin sesetengah daripada anda tak tahu apa kegunaan setiap produk atau rempah tersebut. Okay sebenarnya produk tersebut ini berjenama McCromick. Ia merupakan rempah ratus atau herba yang kita boleh gunakan dalam masakan.

Bahan-bahan ini dijadikan sebagai penambah rasa atau penyedap masakan. Ia terdiri daripada kepelbagaian jenis  herba atau rempah antaranya cinnamon groud hingga la kepada chilies flakes. Semuanya sedap-sedap. Bagi anda nak tahu apa kegunaan bagi setiap jenis produk McCromick boleh rujuk dekat bawah ini ye. Maklumat tersebut dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook.

Rempah ratus McCromick

1.OREGANO LEAVES GROUND

Oregano nie sedap letak dalam aglio olio. Tapi mama banyak tibai je letak dalam egg muffin, carbonara, murtabak telur, fritters, daging perap. Semua sedap tapi jangan banyak ya sebab kalau lebih boleh jadi pahit.

2.ITALIAN HERBS

Lebih teryumpu kepada masakan italy macam pasta or pizza. Lebih kurang mix herbs je tapi herbs lain ya. Sedap dan wangi!

3.CINNAMON GROUND

Anda mesti selalu je jumpa apa-apa pastry yang guna cinnamon kan. Sedap cinnamon ni. Dia bagi rasa naturally sweet tapi tak la manis macam gula. Gaul dengan apple kemudian bakar, buat pie tabur cinnamon dan tambah madu pun sedap. Mama masukkan dalam pancake, muffin, tabur atas french toast, or pastry. Sedap. Sweet & savoury gitu.

4. BLACK PEPPER WHOLE

Immume booster ni. Mama guna blackpepper yang powder. Blend kering halus biji-biji ni. Setiap kali nak, amik hujung sudu masukkan. Letak dalam masakan blackpepper, sup, marinate, goreng gorengan pun sedap. Letak sikit je jangan banyak.

5. MIXED HERBS

Paling banyak jasa so far. Korang kalau nak buat sauce bolognese yang bau and rasa sebijik macam sos prego tu, wajib tabur mix herbs ni ok. Rasa and bau dia sangat sedap. Mama campak je dalam sup, dalam pasta, dalam baked potato, masak lemak pon sedap wangi je. Kalau opa tak poopoo dua hari, letak ni je confirm lepas tu smooth je.

6. NUTMEG GROUND

Fungsi nutmeg ground ini sama sahaja dengan cinnamon powder.

7. PAPRIKA GROUND

Kalau nak bakar ayam ke, kentang ke nak kasi warna merah-merah lawa mcm ala-ala ayam goreng mamak, korang gaul la paprika nie. Rasanya tak pedas langsung. Sedap pon sedap. Kalau anak dah pass capsicum baru boleh guna yang ini ya.

8. CUMIN SEEDS GROUND

Ini jintan je. Kalau tak rasa nak cari, blend sahaja biji jintan tu sekali masa blend bawang untuk spice. Sedap!

9. PARSLEY LEAVES

Tabur lepas pasta dah siap as garnish. Mama tabur je atas telur, atas kentang putar, atas kuah-kuah pasta. Sedap and wangi. Kalau jumpa yang fresh lagi sedap tapi kalau takde yang ni pun ok.

Selain McCromick

10. GROUND WHITE PEPPER

Mama suka letak dalam perapan or apa-apa makanan macam sup dan goreng-goreng sayur. Rasa dia sedap dan berangin.

11. DATE CONCENTRATE

 

Pemanis yang paling banyak berjasa setakat nie. Guna sikit je pon dah rasa manis dia. Mama letak untuk balance rasa masakan masam macam tomyam dan pedas mcm kari. Also as marple dalam pancake ke muffin ke cookies ke. Banyak guna masa anak bawah setahun. Lepas setahun guna madu jugak untuk natural sweet.

12. MINYAK BIJAN

Kalau buat sayur goreng tengok sayur warna pucat tak menarik tu, korang boleh la titis kan sikit sesame oil ni. Bau dia ala-ala chinese food. Masuk dalam bubur pon bau ala-ala bubur mcd. Mama guna utk marinate jugak. Nnt bau semerbak. Try!

SEMOGA BERMANFAAT!

Kredit : Syida Dea Lurve

tags: |