Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Cara Buat Kek Coklat Pisang Moist Mudah, Resepi Tak Perlu Guna Mixer

Cara Buat Kek Coklat Pisang Moist Mudah, Resepi Tak Perlu Guna Mixer

Kategori:
kek coklat pisang moist mudah

Hari raya aidilfitri akan tiba beberapa hari lagi. Belum ada idea nak buat kek apa untuk hari raya? Haa jom buat kek coklat pisang moist mudah ni. Resepi mudah sangat, tak perlu guna mixer. Jom cuba!

Cara Buat Kek Coklat Pisang Moist Mudah

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk soda bikarbonat
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 2 biji telur A
  • 1 sdk esen vanila
  • 1/2 cawan serbuk coco
  • 3/4 cawan gula ising/brown sugar
  • 4 biji pisang berangan – lenyekkan
  • Coklat coin beryls
  • Pisang utk hiasan

Cara-cara:

  1. Lenyekkan pisang, kemudian masukkan gula, minyak, telur, esen vanilla, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau sebati.
  2. Akhir sekali masukkan tepung gandum, kaup hingga sebati dan masukkan coklat coin.
  3. Tuang dalam loyang 8×8, susun pisang di atas adunan.
  4. Bakar pada suhu 160C selama 35 minit.

 

Kredit: Fatimah Saari

Selamat mencuba!

 

Baca juga: Resepi Mudah Kek Pisang Coklat Kluster Yang Moist & Sangat Sedap ,Tanpa Mixer Pun Jadi

tags: