Jika ingin menyambut hari jadi seseorang, pasti antara hidangan yang ‘wajib’ ada di majlis hari jadi adalah sebiji kek. Sekarang, pelbagai kek dengan design yang menarik dapat ditempah di kedai-kedai ataupun dengan individu yang menjalankan perniagaan ini.
Design akan ditempah awal mengikut citarasa pelanggan. Harga yang dikenakan untuk kek custom made pula biasanya bergantung kepada corak atau lukisan pada kek tersebut.
Menyebut perihal kek hari jadi, baru-baru ini tular sebuah kisah berkenaan seorang pelanggan yang kecewa kerana tempahan kek hari jadi tidak mengikut seperti apa yang diminta. Menurut laman portal Says, pelanggan itu meminta kek dengan lukisan lembu, tetapi apa yang terjadi tidak seperti yang disangka.
Di dalam hantaran itu, pelanggan terbabit telah menyiarkan gambar yang menunjukkan dia membayar RM50 untuk kek span coklat empat inci dengan mousse coklat.
Selain itu, dia juga memaparkan Invois penjualan. Dia menunjukkan bahawa dia mahu kek itu disiapkan dalam reka bentuk seekor lembu dan dengan perkataan ‘selamat hari jadi’ di atasnya.
Bagaimanapun, ketika mengambil kek itu daripada peniaga, dia terkejut apabila melihat rupa kejadian kek yang telah siap. Pelanggan itu juga berkata kedai kek itu tidak meminta maaf pun atas kesilapan yang dilakukan.
“Baru sekarang saya tahu rupa lembu sebenarnya,” tulisnya dengan sinis, sebelum menambah, “[The Bakery] membuat kesilapan tetapi mereka tidak meminta maaf, malah mereka berkata saya tidak memberi mereka gambar (seperti rujukan),” katanya dalam hantaran kek hari jadi bertukar tragis.
Lebih memburukkan keadaan, dia juga mendapati retakan besar pada pembekuan yang mengalir di bahagian tepi kek.
Hantaran Facebook mengenai aduan pelanggan itu telah mendapat lebih 1,200 perkongsian dan hampir 800 ulasan. Ramai netizen menyampaikan simpati mereka atas reka bentuk yang salah, ada juga yang lain memberi komen berunsur jenaka apabila melihat kesilapan hantaran itu.
“Itu babi lah, bukan lembu. Hahaha. Mungkin orang yang buat kek ini tak kenal (buta) haiwan,” komen seorang pengguna Facebook di hantaran kek hari jadi bertukar tragis.
Sebagai pengajaran keseluruhannya, bukan tertakluk kepada kisah ini, pihak pelanggan bolehlah menyediakan gambar untuk bakery menjadikan ia sebagai bahan rujukan. Dan bakery juga harus menggunakan common sense dengan menghantar contoh design kepada pelanggan terlebih dahulu untuk menilai.
Sumber: Says.com