Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Buat Kek Karamel Pisang, Jarang Jumpa Orang Buat Ni

Jom Cuba Buat Kek Karamel Pisang, Jarang Jumpa Orang Buat Ni

Kategori:
Kek Karamel Pisang

Cuba bayangkan gabungan diantara kek pisang yang gebu dan lembut digabungkan bersama puding karamel yang berlemak, berkrim dan cair di mulut. Peminat kek pisang dan puding karamel wajib cuba kek karamel pisang ni, sedap yang amat!

Resepi Kek Karamel Pisang

Bahan Karamel/Gula Hangus:

  • 7 sdb gula
  • 7 sdb air

Cara-cara:

  1. Cairkan gula dalam periuk atas api kecil sehingga menjadi karamel dan kacau. Kemudian masukkan air.
  2. Masukkan karamel ke dalam loyang 10×10 dan ratakan karamel. Ketepikan dan sejukkan.

Bahan Kek Pisang:

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 3 biji telur
  • 1 sdk esen vanilla
  • 1 cawan gula perang/gula pasir
  • 1 cawan minyak jagung/minyak masak
  • 1 cawan pisang berangan dilecek
  • 3 sdb susu pekat/susu tepung

Cara-cara:

  1. Satukan telur, gula dan esen vanilla mixer hingga sebati. Masukkan susu, minyak jagung dan pisang, kisar lagi.
  2. Kemudian masukkan tepung kacau hingga sebati. Tuang adunan ke atas karamel dan kukus 45 minit.
  3. Bila dh masak, biarkan kek sejuk selama 30 mnt sehingga tepi kek lekang/renggang dari loyang.
  4. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas bekas. Sedap dimakan bila sejuk.
  5. Selamat mencuba.

Kredit: Fauziah Yahya

tags: