Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Lobak Merah Super Gebu & Lembut, Pasti Bikin Terliur

Resepi Kek Lobak Merah Super Gebu & Lembut, Pasti Bikin Terliur

Kategori: ,

Kek Lobak Merah sangat senang dibuat, versatile dan rasanya mengancam especially bagi penggemar kek. Rasanya yang seimbang, tak manis sangat dan memang just nice!

Jangan risau, anda boleh je hasilkan kek ni tanpa fancy equipment. Bahan-bahan yang diperlukan cukup ringkas dan mungkin dah ada kat dapur.

Make sure guna lobak parut banyak-banyak ya. Kalau dah try sekali, pasti anda akan fall in love dengan resipi ni. Tunggu apa lagi, jom tengok resepi kat bawah dan video yang disediakan.

Resepi Kek Lobak Merah Moist

Bahan-bahan Kek Lobak Merah:

  • 1 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 sk Serbuk Penaik
  • 1 sk Soda Bikarbonat
  • 1 sk Serbuk Kayu Manis
  • 1 sk Garam
  • 2 Biji Telur
  • 1 1/4 Gula
  • 1 Cawan Lobak Merah (parut)
  • 1/2 Cawan Nenas (Cincang)
  • 1/2 Cawan Minyak Jagung@Minyak Masak
  • 1 Cawan Walnut

Bahan-bahan Topping:

  • 250 gm Krim Keju
  • 5-6 Sb Susu Pekat

Cara-cara penyediaan kek:

  1. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan.
  2. Di dalam bekas lain, kacau telur sehingga hancur (tak perlu kembang). Kemudian masukkan gula, lobak merah, nenas dan juga minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan bahan yang di ayak tadi. Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Tambahkan kacang walnut dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 50-60 minit pada suhu 175°c mengikut oven masing-masing.

Cara-cara penyediaan topping:

  1. Pukul krim keju bersama susu pekat sehingga sebati dan sedikit kembang.
  2. Sapukan pada keseluruhan kek yang telah sejuk.

Baca juga: Resepi Kek Coklat Legend Yang Ringkas & Sedap. Sesuai Dijadikan Juadah Berbuka

tags: