Nampak sedap kan kek mini hokkaido ni? Dah la gebu gebas. Kalau beli di kedai ni boleh tahan juga harganya. Lebih baik buat sendiri, baru puas hati.
Jadi apa kata jom cuba buat sendiri dengan menggunakan resepi di bawah ini.
Kek Mini Hokkaido
Step 1
Bahan-bahan:
- 4 biji kuning telur
- Secubit garam
- 3 sudu besar gula kastor
- Sedikit esen vanilla (satukan dan pukul sebati)
- Setengah cawan susu cair (saya pakai susu segar)
- 1/4 cawan minyak masak (masukkan dalam bekas telur, susu dan minyak) pukul sekejap
#letak tepi kejap sementara untuk step ke 2.
Step 2
Bahan-bahan:
- 4 biji putih telur
- 4 sudu besar gula kastor
- Satu sudu kecil cream of tartar
Cara-cara:
- Untuk hasilkan maringue, mixer putih telur sampai berbuih kasar. Masukkan cream of tartar. Mixer lagi.
- Kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. Mixer lagi sampai jadi likat.
Step 3
Bahan-bahan:
- Setengah cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu kecil baking powder
Cara-cara:
- Ayakkan semua bahan. Kemudian masukkan ke dalam bekas kuning telur. Pukul sebati. Ok siap.
Step 4
Ambil putih telur tadi, masukkan ke dalam bekas kuning telur yang dah siap tadi. Masukkan sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Ulang sehingga putih telur habis. Ok siap.
Masukkan dalam paper cup. Bakar selama 25 minit pada suhu 150 celcius.
Cara buat kuah kastard
Bahan-bahan::
- 200 ml susu cair
- Satu sudu besar tepung gandum
- Satu sudu tepung kastard
- 4 sudu gula kastor
- Satu sudu besar butter
- Sebiji telur
Cara-cara:
Satukan semua bahan dan masak guna api perlahan sambil dikacau-kacau sehingga pekat.
Sejukkan, bila dah sejuk, piping kan ke dalam kek hokkaido tadi.
Taburkan gula ising.
Selamat mencuba!
Kredit resepi: Rozliza Che Ya