Kek pandan cheese memang ramai peminatnya. Namun tidak ramai mencuba membuat sendiri kek ini. Pandan cukup sinonim dengan masakan masyarakat Melayu. Baunya yang wangi mampu membuka selera. Disini saya kongsikan resepi kek pandan cheese kukus

ResepiĀ 

Kek pandan :

  • 4 biji telur (gred B)
  • 3/4 (130g) cawan gula halus/kastor
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu kecil perasa pandan
  • 1 cawan (150g) tepung kek/gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil pewarna hijau epal
  • 1/4 cawan (62ml) minyak jagung/masak

Lapisan cream cheese :

  • 500g cream cheese (suhu bilik)
  • 1 cawan (250ml) dairy whipping cream
  • 1/2 tin (250g) susu pekat manis
  • 1/3 cawan (80ml) susu segar/UHT/cair

Topping :

  • cheddar cheese
  • kek pandan yang dihancurkan

Cara Penyediaan

  1. Sediakan tepung kek/gandum dan campurkan dengan baking powder
  2. Pecahkan telur dan kemudian masukkan gula halus/kaster, ovalet serta perasa pandan (putar atau kacau sehingga ringan & gebu)
  3. Masukkan campuran tepung baking powder, pewarna hijau epal (putar sehingga sebati)
  4. Masukkan minyak jagung dan sebatikan
  5. Isi 1/3 dalam acuan dan kemudian kukus selama 15minit (api sederhana besar)

Cream Cheese

  1. Masukkan cream cheese serta whipping cream
  2. Untuk rasa manis masukkan susu pekat manis
  3. Masukkan susu segar/UHT/cair (kisar sampai halus)
  4. Tuang di atas kek
  5. Tabur cheddar cheese dan kek pandan yang dihancurkan di atas kek

Siap !

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 47 times!)