Kek hasil air tangan wanita ini raih perhatian ramai. Kerana keknya kelihatan sangat realitistik dan terlalu cantik untuk dimakan. Wanita tersebut dikenali sebagai, Kristina Dolnyk.
Beliau mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan kek yang terperinci itu supaya kelihatan benar-benar realistik. Salah satu kek rekaannya yang menarik perhatian iaitu kek patung Godzilla yang begitu terperinci.
Kristina juga mempunyai pengikut seramai 17, 000 di laman sosial Instagram miliknya.
“The key things for me are to make cakes realitistic, beautiful and tasty.
Menurut Kristina, perkara utama dalam menghasilkan kek adalah untuk memastikan kek tersebut kelihatan realistik, cantik dan semestinya sedap.
Selain daripada kek patung Godzilla, wanita yang berasal dari Ukrain ini juga telah membuat kek kapal dan kereta emas yang menakjubkan. Memang wow!
Cantikkan? Jom lihat lagi hasil tangan berseni Kristina.
Sumber: The Sun