Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Walaupun Murah Ini Kelebihan Minuman Halba Yang Ramai Tak Tahu, Mengalahkan Emas Sebab Mampu Merawat…

Walaupun Murah Ini Kelebihan Minuman Halba Yang Ramai Tak Tahu, Mengalahkan Emas Sebab Mampu Merawat…

Kategori:
kebaikan minuman halba

Halba merupakan sejenis herba atau rempah. Halba ini sering digunakan dalam memasak kari. Selain daripada sering ditambah dalam masakan untuk menambah keenakan hidangan, rupa-rupanya terdapat banyak manfaat halba dari sudut kesihatan.

Walaupun halba ini merupakan antara rempah yang murah tetapi dia punya kebaikan terlalu banyak. Boleh mengalahkan emas tau! Seperti sabda Rasullah SAW, sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas.

Sebenarnya ada kisah di mana pada suatu hari Rasullah SAW menziarahi Saad Bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasullullah SAW menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad Bin ABu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda ‘gunakanlah Halba sebagai ubat’ (Qamus Al-Tibb).

Antara Seribu Satu Kelebihan Halba

  1. Halba boleh diminum sebagai teh untuk melancarkan haid, menghilangkan perut kembung, sebu dan senak. Sebagai pencuci perut, menguatkan jantung, menghilangkan lendir tekak, melegakan sakit kepala atau migrain, membuang angin, menyembuhkan buasir, sengugut, meransang rahim, kegemukan, kurang berat badan, mengawal kencing manis serta radang kulit dan bisul.
  2. Manakala jika dibuat teh halba dan dicampur dengan madu ia dapat mengurangkan ketagihan merokok dan dadah serta baik untuk masalah anemia.
  3. Jika diberi makan kepada anak-anak yang sudah baligh ia dapat mencergaskan, dapat menguatkan dan membantu tumbesaran anak-anak.
  4. Halba juga bagus untuk ibu menyusu kerana ia boleh menambahkan lagi susu.
  5. Halba juga antara ramuan tradisi untuk menaikan nafsu suami dan isteri.
  6. Dapat memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.
  7. Halba merupakan amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Jadi tunggu apa lagi, jom buat sekarang. Mudah sahaja, ambil 1 sudu teh halba dan satu cawan air panas. Rendam sehingga air panas tadi menjadi suam lalu minum. Amalkan tiap-tiap malam sebelum tidur.

Kredit: Azlin Mohamed

 

tags: |