Ubi keledek atau juga dikenali dengan nama ubi jalar, ubi jawa dan ubi setela merupakan kumpulan makanan karbohidrat. Ia merupakan makanan ruji di sesetengah tempat di dunia. Ubi mempunyai indeks glisemik yang tinggi. Maknanya mudah ditukarkan kepada tenaga.
Selain itu, ubi keledek mengandungi serat yang baik untuk membantu pergerakan di dalam saluran penghadaman kecil dan saluran penghadaman besar. Ubi ini memang sangat popular dikala musim hujan. Mungkin disebabkan suasana sejuk jadi ramai yang akan mencari atau membeli ubi ini untuk direbus lalu dimakan.
Tetapi apa yang menariknya adalah, rupa ubi keledek yang seperti itik ini telah dimuat naik oleh seorang lelaki yang dikenali dengan Azlie Zakaria dilaman facebook. Perkongsian ubi keledek yang berbentuk itik itu mendapat perhatian daripada warganet.
Rata-rata komen itu membuatkan masing-masing geli hati. Malah ada juga warganet yang berkongsi gambar ubi keledek mereka yang pelbagai bentuk.
Selain daripada bentuk itik, ada juga beberapa bentuk lain. Seperti organ prot dan alien.
Selain daripada mengenyangkan dan berkhasiat ia juga mempunyai pelbagai bentuk. Mungkin agak aneh tetapi itulah kejadiaan dan bukti kekuasaan Allah.
Kredit: Azlie Zakaria Via MATJHI
Baca juga: Nak beli Ubi Kayu Tapi Tak Pandai Pilih, Ini Dia ‘Petua’ Memilih Ubi Kayu Supaya Empuk Bila Di Rebus