Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bahasa ‘F’ Pun Aku Jem, Ni Bahasa Matematik Pulak” – Bincang Nak Makan Apa Dalam Bahasa Matematik, Keluarga Ini Buat Orang Ramai Terpukau

“Bahasa ‘F’ Pun Aku Jem, Ni Bahasa Matematik Pulak” – Bincang Nak Makan Apa Dalam Bahasa Matematik, Keluarga Ini Buat Orang Ramai Terpukau

Kategori:

Jika diberikan gajet kepada anak-anak pada usia yang sangat awal adalah salah satu langkah yang bahaya kerana boleh hasilkan banyak keburukan. Ibu bapa zaman sekarang mendidik anak-anak mereka untuk supaya tidak ‘tantrum’ dengan memujuk beri gajet.

Akibat dari banyak menggunakan gajet, otak kanak-kanak akan memberi kesan negatif dan akan ada masalah untuk tumpukan perhatian. Jadi contohilah seperti ibu bapa ini, mereka mendidik anak-anak mereka dengan belajar Bahasa Matematik untuk alih perhatian dari menggunakan gajet.

“Bahasa ‘F’ Pun Aku Jem, Ni Bahasa Matematik Pulak” – Bincang Nak Makan Apa Dalam Bahasa Matematik, Keluarga Ini Buat Orang Ramai Terpukau

Video ini dikongsikan oleh izhammokhdar iaitu ibu bapa yang mengajar anak-anak mereka bahasa matematik. Mereka mengajar anak-anak mereka daripada kecil lagi dan anak-anak mereka juga berinteraksi dengan menggunakan bahasa tersebut di mana-mana sahaja.

Kisah keluarga ini wajar ditontonkan kepada umum kerana fungsi otak anak-anak mereka lincah berfikir. Anak beliau menggunakan perkataan ditukar kepada nombor.

Bahasa Matematik

Salah satu perkataan yang ditukar menjadi nombor adalah

“30(1663 A4?” yang bermaksud “Ibu makan nasi goreng dengan apa?”

Lalu ibunya menjawab, “816(0408 91680” yang bermaksud “Makan dengan keropok lekor.”

Bahasa Matematik

Adakah anda memahami Bahasa Matematik ini? Apabila dilihat anaknya, cepat sahaja beliau membalas soalan ibunya apabila ditanya. Wajar dipuji kerana mesti bila meningkat besar nanti, mesti beliau akan menjadi seorag pelajar genius dalam subjek Matematik di sekolah.

Sungguh bijak langkah yang dilakukan oleh ibu bapa ini kerana tidak biarkan anak-anaknya leka dengan gajet selama 24 jam.

@izhammokhdar

Replying to @tomato_tomato29 Ini ikhtiar halus untuk saya bina minda Matematik pada semua anak2 saya. Daripada main gajet, baik main bahasa Matematik. kan? 😊 #kaedahmokhdar #terapiminda #mindamatematik #mindamega

♬ Happy Ajalah (Santai) (feat. Gafar) – DJ Qhelfin

@izhammokhdar Replying to @tomato_tomato29 Ini ikhtiar halus untuk saya bina minda Matematik pada semua anak2 saya. Daripada main gajet, baik main bahasa Matematik. kan? 😊 #kaedahmokhdar #terapiminda #mindamatematik #mindamega ♬ Happy Ajalah (Santai) (feat. Gafar) – DJ Qhelfin

44 Siku Li4 Siapa Ce4 Dia Da4, Yeay Saya Dah Pandai

Netizen meriah memberi komen terhadap Bahasa Matematik bahawa mereka terpegun dan terkejut dengan bahasa tersebut. Tidak pernah lagi mereka dengar kerana ia susah untuk dibelajar dan ditafsir.

Bahasa Matematik Bahasa Matematik Bahasa Matematik Bahasa Matematik

Teruntuk ibu bapa yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata, boleh cuba untuk berbincang sesama sendiri cara untuk didik anak-anak anda. Ini menjadi tanggungjawab anda untuk melentur mereka menjadi seorang manusia yang berguna.

Kredit: izhammokhdar

Baca Juga: Balik Kampung Tak Bagitahu Mak, Wanita Ini Hanya Mampu Tadah Telinga Kena Bebel Dalam Bahasa Thai

tags: | | |