Tidak dinafikan kebanyakan wanita suka membeli belah set periuk masakan bukan? Antara yang sering menjadi kegilaan para ibu adalah bekas makanan jenis kaca.
Bagi yang suka memasak pastinya mengenali beberapa jenis jenama terkenal seperti Pyrex, Caserole, Vision, Corelle, Corningware dan banyak lagi.
Jika anda mencari bekas makanan kaca yang sesuai untuk dipanaskan di atas dapur, pastikan memilih dengan betul sebelum membeli supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Si Diyang Iffah menerusi grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, dia meluahkan rasa kecewa apabila bekas kacanya pecah ketika sedang memanaskan juadah di atas dapur dan turut bertanya jenama yang sesuai untuk digunakan di atas api.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang simpati dengan kejadian tersebut. Rata-rata warganet turut memberikan tip penggunaan dan cara memilih jenama bekas kaca yang betul untuk dijadikan panduan.
Netizen juga sempat berseloroh jika kejadian ini berlaku pada dirinya, tidak mengapa jika mangkuk pecah tetapi yang paling malas bila apabila hendak mengemas.
Sumber: Si Diyang Iffah