Suasana di bazar Ramadan membuatkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli juadah berbuka puasa. Namun, disebalik makanan dan minuman yang dijual, terdapat juga peniaga yang menganiaya pelanggan dengan mengenakan cas yang tinggi terhadap air strawberi yang dibeli.
Hidangan pelbagai juadah dijual seperti ayam golek, murtabak daging, ayam percik dan deretan air balang bermacam-macam jenis warna. Selalunya, kalau puasa ni, air kosong pun nampak sedap. Walau bagaimanapun, terdapat satu video yang tersebar di media sosial berkaitan air yang dijual terlalu mahal apabila diminta untuk kurangkan ais.
Pelanggan tersebut terkejut kerana dikenakan cas sehingga RM3 hanya disebabkan dia meminta untuk dikurangkan ais.
“Pergi bazar Ramadan beli air strawberi, dia tulis RM5. Lepastu dia tulis kalau taknak ais tambah RM3. Aku cakap la dekat budak yang jual tu nak kurang ais, budak tu pun okay la. Dah siap bungkus, bapa dia tanya kurang ais kan, jadi kena tambah RM3. Total harga RM8 ye.”
Pelanggan tersebut perlu membayar RM8 secara keseluruhan untuk sebungkus air strawberi di gerai berkenaan.
“Sedih juga lah tengah naik motor sambil fikir air strawberi mahal RM8. Bukan senang nak cari duit ni, tapi takpelah bulan puasa ni.” – Pelanggan tersebut mengeluh kesal dengan peniaga air itu.
Niat baik pelanggan itu yang ingin membantu peniaga sebab tak ada pelanggan, sekali dia yang kena aniaya balik.
Rata-rata netizen terkejut dengan harga air yang melampau hanya disebabkan permintaan untuk kurangkan ais sahaja. Banyak kes penganiayaan peniaga terhadap pelanggan, namun kita juga haruslah melihat dari segi peniaga itu juga.
Kesimpulannya, bulan puasa ini haruslah sentiasa berbuat kebaikan dan janganlah mementingkan diri sendiri. Janganlah kita menganiaya dan berlaku khianat terhadap pelanggan kerana doa orang yang dizalimi tiada penghalangnya.
Sumber: TikTok eshamsoda