Pastinya orang Muslim tahu dan faham bahawa khinzir atau babi merupakan haiwan yang dilarang orang Islam memakannya. Antara sebab kenapa ia dilarang untuk umat Islam memakannya adalah kerana babi ini suka memakan makanan yang kotor, jijik dan najis.
Seperti mana dalam Al-Quran telah disebutkan dalam surah Al-Baqarah ayat 173 ” Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
Namun bukan hanya di ayat itu sahaja, malah disebut juga tentang pengharaman daging babing ini didalam surah-surah yang lain. Seperti surah Al-Maidah ayat 3, surah Al-An’am ayat 145 dan surah An-Nahl ayat 155. Tetapi apakah sebab utama babi ini diharamkan?
Tentu sahaja kerana Allah SWT telah mengharamkannya. Rahsianya Allah sahaja yang tahu. Namun jika dilihat dari perspektif sains, ada beberapa fakta yang kita boleh mengambil hikmah tentang haramnya babi ini.
Risiko untuk terkena jangkitan cacing pita adalah tinggi. Hal tersebut adalah kerana babi mengandungi benih-benih cacing pita dan cacing tracgenea lolipia. Cacing-cacing ini boleh masuk ke tubuh manusia melalui daging babi ini.
Tahukah anda bahawa pundi kencing babi ini selalu mengalami kebocoran sehingga air kencingnya boleh meresap ke dalam dagingnya.
Secara fisiologi, babi tidak boleh disembelih kerana babi tidak memiliki leher. Sedangkan dalam Islam mensyariatkan penyembelihan binatang pada lehernya.
Babi akan melahap apa sahaja makanan atau apa-apa yang ada di depannya. Babi ini merupakan haiwan yang paling rakus tau. Bahkan jika makanannya telah habis, ia akan memuntahkan makanan dalam perutnya dan memakannya lagi.
Babi juga merupakan haiwan yang paling pengotor. Jika ada sampah di depannya, babi akan makan sampah itu. Lebih teruk lagi babi ini juga makan najisnya sendiri.
Selain mengandungi cacing pita (Taenia Solium), babi juga mengandungi cacing spiral (Trichinella Spiralis), cacing tambang (Ancylostoma Duodenale), cacing paru (Paragonimus Pulmanaris). Malah babi ini juga banyak bakteria yang menyebabkan berlaku kematian.
University of Illnois telah membuat perbandingan. Dna babi dan manusia menunjukkan persamaan yang luar biasa. Babi secara genetiknya sangat sama dengan manusia.
Tingkah laku babi juga diperhatikan dalam kajian ini dan didapati ia tidak memiliki sifat cemburu. Ketika dua ekor babi jantan dan seekor babi betina dimasukkan ke dalam kandang, dua babi jantan itu tidak saling berebut tetapi saling membantu untuk berasmara dengan babi betina.
Walaupun daging babi ini empuk namun ia susah untuk dicerna kerana kandungan lemak dalam daging sangat tinggi. Ini menjadikan perut kerap kembung dan tidak selesa.
Sumber : Halal in Home