Kacang kuda atau nama saintifiknya Cicer Arietinum merupakan sejenis kekacang yang ditanam di negara seperti India, Mediteranean dan juga Asia Barat. Kacang kuda ini sejenis kekacang yang sedap dimakan rebus. Ada juga yang menggunakannya sebagai bahan sampingan untuk masakan merah.
Sebelum ini dalam Group Makmal Makanan ada yang bertanya kenapa jika makan kacang kuda ia akan menyebabkan kentut banyak.
Menerusi pertanyaan tersebut, Puan Fatimah Salim menjelaskan kacang kuda menyebabkan kentut berbunyi kuat adalah kerana kacang kuda mengandungi karbohidrat kompleks jenis oligoska. Jadi ia tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside.
Merujuk kepada ss ahli MaMa di bawah yang bertanya kenapakah memakan kacang kuda biasanya akan kentut banyak.
Tumbuhan kekacang (legumes) seperti kacang kuda ini mengandungi karbohidrat kompleks jenis oligosakarida yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside.
Dan keberadaan enzim ini adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia. Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan kacang ini kurang kentut dan kini kerap pula kentutnya.
Disebabkan ketiadaan enzim khusus ini, maka tugas pencernaan ini akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi. Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana.
Gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut. Selain daripada terhasilnya gas, fermentasi oligosakarida ini juga menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids -SCFA) yang baik untuk kesihatan usus.
Menariknya, sesetengah individu tidak akan kentut disebabkan memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.\
Menurut Puan Fatimah Salim, kenapa kentut berbunyi adalah disebabkan getaran otot dubur semasa gas-gas ini dikeluarkan. Bunyi kentut yang kuat adalah disebabkan oleh isipadu gas yang besar sekaligus menerjah keluar.
Tambahnya lagi, bau dan jumlah kentut adalah berbeza untuk setiap individu bergantung kepada jenis makanan yang diambil dan tahap kesihatan. Contoh makanan yang boleh menyebabkan kentut berbau adalah makanan yang tinggi kandungan sulfur seperti telur, kubis, cheese, bebawang, durian dan lain-lain akan menghasilkan gas hydrogen sulfide (bau tembelang). Bau kentut yang busuk juga disebabkan oleh najis yang terkumpul dalam rektum.
Nota: Sesungguhnya kentut adalah aktiviti yang sihat, namun kentutlah dengan berhemah.
SEMOGA BERMANFAAT!
Kredit: Makmal Makanan
Baca Juga: Harga Secawan Teh Mencecah Ratusan Ringgit, Teh Tahi Panda Antara Yang Termahal Di Dunia?