Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Musang King Yang Di Tanam Di Malaysia Mahal Kerana…

Musang King Yang Di Tanam Di Malaysia Mahal Kerana…

Kategori:
durian musang king

“Tanam di Malaysia, dibesarkan di sini tetapi harga yahudi”. Itu adalah kritikan biasa yang sering kita dengarkan daripada peminat Musang King. Yang mana kebanyakan mereka mempertikaikan harga buah tempatan itu yang terlalu mahal.

Difahamkan, harga buah berkenaan dijual di pasaran antara RM40 hingga RM80 satu kg bergantung kepada gred.

Menjawab tuduhan berkenaan, Md Mujahir Rahmat, 53, pengusaha Dusun Tok Bak di Jalan Kempas Lama, Johor Bharu berkata Musang King mahal disebabkan penjagaanya yang rumit dan namanya yang sudah komersial.

Penjagaannya yang terlalu rumit, tidak boleh terlebih atau terkurang air dan ketika tanaman masih kecil, ia juga tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

Disebabkan itu, pekebun akan meletakkan jaring sebagai pelindung dan cuaca memainkan peranan penting. Ini kerana baja akan ditabur pada musim hujan dan kemudian memerlukan tujuh hingga 10 hari berterusan tanpa hujan.

Namun, keadaan cuaca pada musim sekarang yang tidak menentu dan kerap hujan menyebabkan penghasilan buah berkurangan dan menyebabkan ianya terpaksa dijual pada harga yang mahal.

Perkara tersebut turut diakui oleh Mohd Nor Hisham, 42 yang kini mengusahakan kebun buah-buahan di Pasir Mas, Kelantan.

Musang King lebih sukar ditanam

Menurut Nor Hisham, jika dibandingkan dengan durian lain, Musang King lebih sukar ditanam kerana pekebun perlu memastikan baja digunakan bersesuaian dan pengairan yang cukup (tidak berlebihan juga).

Ianya tidak termasuk lagi kos yang dibelanjakan untuk membeli racun dan memagar kawasan tanaman bagi mengelaknya diserang haiwam sepert monyet atau babi hutan.

Sementara itu, pemilik CTMAI Nursery iaitu nurseri buah-buahan, Siti Maisalmah Mohd Kamil berkata,  penanaman pokok Musang King memerlukan belanja besar dan lebih sukar jika pekebun menanamnya dari kecil.

Jadi tidak hairan lah mengapa harga bagi buah durian Musang King ini terlalu mahal. Harga yang ditetapkan sudah sesuai dengan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan sewaktu penanaman durian Musang King ini.

Baca juga : “Saya Jual Isi, Bukan Kulit”, Ini Dia Peniaga Durian Paling Jujur Di Malaysia

tags: |