Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kenapa Starbucks Menggunakan Gambar Wanita ‘Ini’ Sebagai Logo? Siapakah Wanita Ini Sebenarnya

Kenapa Starbucks Menggunakan Gambar Wanita ‘Ini’ Sebagai Logo? Siapakah Wanita Ini Sebenarnya

Kategori:
siapa perempuan di logo Starbucks

Starbucks merupakan antara rangkaian kedai kopi yang terbesar di dunia. Hampir semua orang tahu dan kenal Starbucks ini. Bukan sahaja di luar negara malah di Malaysia sendiri ia memang mendapat sambutan hangat. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia ini memang amat gemarkan kopi yang premium.

Melihat kepada logo yang tertera di kedai dan bekas minuman Starbucks, pernah kah anda tertanya-tanya siapa gerangan wanita pada logo tersebut? Kenapa ‘wanita’ dijadikan logo? Kenapa bukan kopi atau gambar-gambar lain? Siapa wanita tersebut sebenarnya!

Putri duyung yang berekor dua

Seperti yang anda nampak, Starbucks menggunakan gambar putri duyung yang berdiri sambil memegang dua ekornya. Wanita yang terdiri dari dua sosok iaitu setengah manusia dan setengah ikan ini secara visualnya adalah makhluk yang boleh diinterpretasikan sebagai makhluk yang bernama Melusine.

Menurut beberapa sumber, Melusine ini adalah salah satu lagenda lama Skandinavia/Kelt. Lagenda tersebut adalah tentang putri duyung yang berekor dua. Ia juga digambarkan sebagai penjaga air tawar yang tinggal di danau atau sungai.

Isteri Raja Namrud

Namun begitu, ada juga yang menamakan wanita ini sebagai Siren, putri duyung yang berekor satu dan mereka ini boleh menjelma sebagai manusia. Malah ada juga mengatakan ia adalah Semiramis iaitu isteri Raja Namrud.

Wajah wajah semiramis ni banyak terpapar di Malaysia ni. Sebab dia lah perempuan dekat logo starbuck tu. So selama ni minum starbuck ditemani isteri raja namruz. pic.twitter.com/n6WjYMWGch

— Nashdota2. April 2, 2018

Raja yang jahat menentang ajaran nabi Ibrahim AS, nama dia raja namrud. Dia lah kepala kepada new world order (NWO) lani. Tapi waktu zaman dia nama one world government (OWG).

Sewaktu zaman raja namrud ada 12 berhala terkenal yang disembah. Salah satu daripada berhala yang dicipta bernama semiramis atau easter. Semiramis ni berhala yang merujuk kepada isteri raja namrud kerana permaisuri raja namrud bernama semiramis.

Starbucks simbol negara Israel

Di samping itu ada juga yang mendakwa bahawa Starbucks ini bermaksud “duit untuk bintang”. Iaitu simbol negara Israel dan ianya telah terbukti bahawa pemilik Starbucks adalah tokoh yang sentiasa memenangi anugerah-anugerah penting.

Antara anugerah yang diperolehi adalah “Israel 50th Anniversary Tribute Award” di mana pemilik Starbucks adalah salah satu pembiaya kepada negara Israel. Jadi tepuk dada tanya selera. Buatlah pilihan yang bijak. Tidak ingin berkata banyak cuma cukuplah buka mata seluas-luasnya.

tags: