Negara Malaysia ini mempunyai pelbagai bangsa dan adat resam masing-masing bagi setiap negeri. Acara perkahwinan juga lain bagi negeri masing-masing yang mempunyai adat mereka sendiri di mana seperti Johor ada tol.
Namun untuk negeri belah utara ni pula lain pula kerana kenduri kahwin sekali sunat. Pelik bukan? Tapi itulah keunikan untuk negeri utara ini.
Pengalaman ini dikongsikan oleh fryzataher di laman media sosialnya TikTok dan berkongsi kepada netizen tentang acara di belah utara itu.
Beliau merupakan seorang warga dari negeri Selatan iaitu Johor dan berkongsikan pengalaman beliau bahawa itu adalah pertama kali beliau saksikan kejadian ini. Tak semua negeri ada lakukan kenduri kahwin sekali sunat dan diberikan juga duit salam kaut.
Waktu itu, seorang mak cik memberi duit ‘salam kaut’ kepada anak lelaki ini yang sedang terbaring di atas katil di depan pintu dewan. Selepas mak cik itu memberi duit, anak lelaki itu pula berikan ‘goodies’ sebagai tanda terima kasih kepada tetamu.
Comel pula saksikan kejadian di dalam video ini, mungkin mak kepada anak lelaki ini sudah memberi pesan kepada beliau bahawa jika ada orang berikan duit, terus bagi ‘goodies’.
@fryzataher Best kenduri kat perlis😁🌾
@fryzataherBest kenduri kat perlis😁🌾
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengatakan bahawa adik ini memang selamba dan ‘cool’ sahaja berbaring di depan pintu majlis kahwin ini.
Tiba-tiba macam nak merasa pergi kenduri kahwin negeri belah utara untuk dapatkan pengalaman berharga ini kerana jarang sekali untuk jumpa.
Jadi, kalau ada rakan-rakan belah utara jemput. Bolehlah anda terus ke kenduri beliau. Rugi kalau tak pergi!
Kredit: fryzataher