Bila sebut perkataan klasik ini, mesti kita terus terlintas filem-filem lama untuk merasakan ‘feel’ klasik itu. Mana tidaknya, dengan cara itu sahajalah untuk kita tahu bagaimana rasa klasik. Namun, masih ada sesetengah orang mengamalkan perkara klasik ini untuk kekal dalam memori mereka.
Yang masih menerapkan suasana klasik ini biasanya orang-orang kampung bagi mengekalkan tradisi kita. Biasanya di kenduri kahwin, masih ada menggunakan tema klasik seperti orang-orang kampung akan masak sendiri dan hidang di dalam talang.
Jurugambar ini memuatnaik video suasana majlis perkahwinan klasik ini di Ilham Pixture TikTok dan menunjukkan bahawa masih ada yang menggunakan cara ini. Terus terkenang zaman dulu tambahan pula beliau tambahkan lagu di dalam video ini, lagu P Ramlee Gambus Jodoh di dalam filem Madu 3.
Beliau menunjukkan beberapa orang lelaki sedang menyusun makanan di dalam talang dan mengatakan bahawa satu talang cukup untuk empat orang. Jika kurang, mereka harus menunggu untuk cukupkan.
Untuk sesetengah orang mungkin mengatakan ini benda biasa sahaja, namun ramai tidak tahu bahawa orang-orang dulu beginilah cara kenduri lakukan.
Mungkin, para bakal pengantin jika ingin tema klasik untuk majlis anda. Bolehlah anda mencuba dengan tema begini untuk sesuaikan tema anda.
@ilhampixture Kembali cara lama menyantuni tetamu yg hadir memeriahkan majlis..makan berhidang 1 hidang 4 orang x cukup kena tunggu n cari pasangan😅…Tahniah pada org2 kampung keda bendang perang pokok sena menhidupkan kembali budaya zaman dahulu…#backto70s#ilhampixture#imzilhammurniresources#photograferkedah#weddings#memoriesaregold#photography#photograferwedding#2023#bride#bridesmaids#abadikanmemory#gambarkawin#pelaminmurah#mua
@ilhampixture Kembali cara lama menyantuni tetamu yg hadir memeriahkan majlis..makan berhidang 1 hidang 4 orang x cukup kena tunggu n cari pasangan😅…Tahniah pada org2 kampung keda bendang perang pokok sena menhidupkan kembali budaya zaman dahulu…#backto70s#ilhampixture#imzilhammurniresources#photograferkedah#weddings#memoriesaregold#photography#photograferwedding#2023#bride#bridesmaids#abadikanmemory#gambarkawin#pelaminmurah#mua ♬ bunyi asal – Hassan HJ Othman
Menerusi di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa suasana begini lah yang mengenangkan mereka semasa zaman mereka dahulu. Ada yang berkesempatan untuk merasai suasana seperti ini, ada yang tidak.
“Kembali cara lama menyantuni tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Makan berhidang 1 hidang 4 orang. Jika tidak cukup, kena tunggu dan cari pasangan” kata jurugambar itu.
Tahniah diucapkan juga kepada orang-orang kampung yang menjayakan majlis kenduri ini.
Kredit: Ilham Pixture