Durian merupakan kegemaran sesetengah orang tetapi ia hanya berbuah pada musimnya sahaja. Terdapat beberapa jenis makanan yang berasakan durian pada zaman sekarang sampai pizza hut pun buat pizza berperisa durian.
Ada orang yang sangat meminati durian. Namun, tak semua kerana durian mempunyai bau dan rasa yang kuat. Apabila tiba musim durian, ramai yang mencipta makanan sendiri berasaskan durian. Ada yang tak suka dengan idea resepi tersebut dan ada yang suka. Terdapat beberapa makanan yang diperisakan dengan durian seperti kek durian, creepe durian, dan kek keju durian.
1. Masukkan bahan A yang bertanda * ke dalam pengadun dan putar menggunakan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi gebu.
2. Masukkan durian emulco dan pewarna dan pukul sehingga rata.
3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dalam pengadun dan pukul menggunakan kelajuan rendah.
4. Masukkan bahan C dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk.
5. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 10 inci dan bakar pada suhu 160°C selama 40 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.
6. Setelah masak, terus keluarkan kek dan sejukkan ke atas redai supaya mengelakkan kek mengecut.
7. Untuk topping, satukan kesemua bahan-bahan dan kisarkan.
8. Masak menggunakan api perlahan sehinnga pekat dan likat.
9. Belah kek di bahagian tengah dan tuangkan topping.
Ini sahaja untuk resepi kek durian. Kepada penggemar durian dan kek, ini adalah gabungan yang ngam dengan citarasa anda. Tidak rugi kalau buat sendiri di rumah. Hanya perlukan bahan-bahannya dan terus buat. Sesuai juga dijadikan untuk minum petang keluarga atau dijual. Selamat mencuba~
Kredit: Fainda Farahin Fainda Farahin (MAHN)
Baca Juga: Khas Untuk Peminat Durian, Ini Dia Resepi Mudah Creampuff Durian Yang Begitu Menyelerakan