Pernah dengar masakan kepala lembu? Ya, kepala lembu boleh dimasak dan dimakan. Antara masakan popular yang berasakan kepala lembu adalah masak sup dan juga asam pedas. Tetapi ia bukan dimasak sekaligus. Kepala lembu harus diketuk-ketuk terlebih dahulu sebelum dimakan.
Berbicara tentang kepala lembu, satu video di TikTok oleh Fatin Razali tular apabila dia memuatnaik video kepala lembu yang dijual di sebuah pasar raya. Melalui perkongsian video berkenaan, kelihatan seekor kepala lembu dijual di bahagian bahan mentah.
Harga yang ditunjukkan di papan tanda harga berjumlah RM100 untuk satu kepala lembu. Selain itu, video itu juga memaparkan kepala berkenaan masih terikat tali di hidung dan bahagian kepala.
“Tengah beli barang tadi dekat pasar. Terkejut weiii,” tulis pemilik video berkenaan di ruang keterangan video.
@fatinrazali78 tengah beli barang tadi,kat pasar tekejut weii.. 😅 #fyp #fypage #fypシ゚viral #fypforyou #rayakorban
@fatinrazali78 tengah beli barang tadi,kat pasar tekejut weii.. 😅 #fyp #fypage #fypシ゚viral #fypforyou #rayakorban ♬ original sound – fatinrazali78
Hal ini telah menarik perhatian netizen. Meninjau ruangan komen, ramai yang menulis pandangan tersendiri tentang harga kepala yang dicaj terbabit.
Mengambil salah satu komen netizen @muhammadkdperak berkata, harga yang dicaj pasar raya berkenaan agak sedikit mahal berbanding harga kepala lembu yang dijual di tempatnya.
“Mahai nyerr, tempat aku RM 50 hingga RM70 jer,” tulisnya memberi pendapat di ruangan komen
Selain itu, ramai juga netizen memberi komen tentang tali yang masih terikat di kepala terbabit. Ada yang secara seloroh menyatakan bahawa tali berkenaan menyebabkan harga kepala lembu dicaj mahal. Dan ada juga berseloroh mengatakan tali berkenaan sebagai free gift.
Komen dari netizen bernama Zamreez77 berkata,”tali tu yang mahal”.
“Siap dengan tali takut lembu tu lari”.
“Kak kalau nak beli tali lembu itu saja berapa ea?”.
Bermacam-macam lagi komen yang diberikan netizen berkenaan hal yang sama.
Rasanya, harga kepala lembu memang standard sedikit mahal kan? Dalam kadar RM80 macam tu disebabkan ia masih mempunyai banyak daging di sekeliling kepalanya. Tidak tahu lah kalau ia dijual murah di tempat lain. Atau pendapat korang macam mana?
Sumber: fatinrazali78
Baca juga: “Air Dari Kayangan..”, Air Kosong RM2.50, Pelanggan Kesal Rasa Dianiaya, Rupannya Ramai Dah Complain