Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kerajaan Terengganu Lancar Ops Plastik Hitam Pantau Orang Ponteng Puasa Secara Sengaja

Kerajaan Terengganu Lancar Ops Plastik Hitam Pantau Orang Ponteng Puasa Secara Sengaja

Kategori: ,
Ops Plastik Hitam

Kerajaan negeri Terengganu melancarkan Ops Supik Hitam (Plastik Hitam) bagi membanteras aktiviti ponteng puasa dalam kalangan orang Islam pada bulan Ramadan yang bakal tiba pada hujung minggu ini.

Kerajaan Terengganu Lancar Ops Plastik Hitam Pantau Orang Ponteng Puasa Secara Sengaja

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perbuatan makan secara terbuka pada bulan Ramadan tetap dipandang serius walaupun ia tidak begitu serius di negeri ini.

Beliau, berkata, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarahkan untuk memantau operasi premis makanan dan kedai serbaneka termasuk milik pengusaha bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini.

“Golongan peniaga (premis makanan) diingatkan mematuhi peraturan waktu jualan ditetapkan setiap PBT berkenaan sepanjang bulan Ramadan.

“Kita beri amaran awal-awal sebelum masuk bulan Ramadan (Ops Plastik Hitam). Sekiranya masih tidak patuh, tindakan akan diambil,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Iman.

Muhammad Khalil berkata, premis makanan ‘panas’ yang kerap melakukan kesalahan menjual makanan kepada golongan tidal berpuasa sebelum ini juga telah dikenalpasti Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Sumber: Harian Metro

Baca juga: “Dulu 30 Hari, 30 Resipi..”, – Ramai Teruja Khairul Aming Akan Siar 60 Resipi Ramadan Tahun Ini, Dua Kali Ganda Dari Tahun Sebelum

tags: