Ramai di antara kita yang lama sudah duduk seorang tapi terdetik juga di dalam hati untuk mencari teman hidup. Tapi, mungkin tiada lagi itu disebabkan trauma dengan hubungan yang dulu atau tidak bersedia lagi untuk komitmen.
Jika tiba-tiba anda ‘craving’ untuk seseorang itu memanggil anda sayang, apa kata anda cuba tips wanita ini. Beliau meletakkan ‘Notes Sayang’ untuk abang barista ini panggil kerana beliau dah lama sangat single.
Tips yang dikongsikan oleh wanita ini atau dikenali sebagai beyllamedispa_batupahat ini telah meraih perhatian netizen untuk mencuba.
Jarang-jarang sekali untuk orang memanggil kita sayang kerana sudah lama sangat single. Bayaran pun mahal juga ya untuk satu cup air.
Semasa membuat pesanan untuk air di kedai Starbucks ini, barista akan meminta nama kita untuk ditulis di cup air tersebut. Pada waktu itulah beliau memberitahu namanya adalah ‘Sayang’.
Waktu itu mungkin abang barista ini pun serba salah nak panggil tapi risau juga jika nama wanita tersebut betul-betul sayang.
Tapi apakan daya, abang barista ini sudah dimasukkan di dalam konten wanita ini.
@beyllamedispa_batupahat call me sayang plz😎💙#fyp #beyllamedispabatupahat #beyllamedispa #foryou #starbucksdrinks #prank #single #jbstyle #johor
@beyllamedispa_batupahat call me sayang plz😎💙#fyp #beyllamedispabatupahat #beyllamedispa #foryou #starbucksdrinks #prank #single #jbstyle #johor ♬ suara asli – Della chicha – Dj Echa_chicha
Menerusi di ruangan komen, para warganet ingin mencuba tips ini kerana mereka juga sama seperti wanita ini yang sudah lama sangat single.
Rupanya, banyak lagi kejadian berlaku seperti ini seperti di food court dengan meletakkan nama-nama yang pelik sekali. Mana tahu, anda boleh mencubanya untuk happykan diri anda.
Selamat Mencuba!
Kredit: beyllamedispa_batupahat