Teringin nak makan masakan thai musim PKP ni? Ini dia ada resepi kerang thai style pedas masam. Sangat sedap dan mudah disediakan. Korang wajib cuba!
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji cili padi | tumbuk halus
- 5 biji limau nipis | ambil airnya
- 5 biji bawang putih | dicincang halus
- 2 sudu gula pasir
- 1 biji tomato | buang biji, potong kecil
- Daun ketumbar | dicincang halus
- Timun kecil potong dua |hiasan
- 1 sk Ajinomoto atau Maggi
- Kerang | 1 kilo
CARA PENYEDIAAN:
- Campurkan semua bahan kecuali kerang. Ketepikan.
- Kerang tadi dicuci bersih dan direbus sekejap sehingga separuh masak. Kemudian buang kulit sebelah sahaja.
- Kemudian dah siap kerang curahkan semua bahan-bahan tadi atas kerang.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Resepi Orang Kampung