Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Snek Batang Pisang Rangup Yang ‘Rare’, Rugi Kalau Tak Cuba Sebab Sedap Sangat Ni! Ini Resepinya

Snek Batang Pisang Rangup Yang ‘Rare’, Rugi Kalau Tak Cuba Sebab Sedap Sangat Ni! Ini Resepinya

Kategori:
cara buat kerepek batang pisang

Rupa-rupanya batang pisang juga boleh dibuat snek atau kerepek. Rasanya juga memang sedap. Kerepek atau snek batang pisang ini sangat popular di kawasan felda atau felcra. Bagi anda yang nak cuba dekat rumah boleh je, ini ada resepi snek batang pisang rangup yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook MAHN. Jom kita ikuti perkongsian beliau.

Snek Batang Pisang Rangup Yang ‘Rare’, Rugi Kalau Tak Cuba Sebab Sedap Sangat Ni! Ini Resepinya

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit batang pisang
  • Tepung bestari
  • Tepung beras
  • Serbuk lada
  • Chili flakes
  • Serbuk cheese

CARA PENYEDIAAN:

  1. Potong kulit batang pisang. Ambil bahagian macam ini sahaja.
  2. Buang kulit luarnya.
  3. Kita hanya perlukan bahagian serat yang ini saja, okeh.
  4. Rendam dan basuh bersih di dalam air macam ini. Jangan nak letak sabun pula. Naya karangggg.
  5. Saya gunakan tepung Bestari. Tak ada sukatan. Ikut suka hati sendiri nak pakai banyak mana.
  6. Sedikit tepung beras. Ini nak bagi rangup. Saya gunakan tepung beras 3 sudu makan saja.
  7. Kedua jenis tepung tadi saya masukkan ke dalam bekas ini.
  8. Saya campur sedikit serbuk lada. Kebetulan saya tak ada Tepung Bestari yang pedas itu. Shake.
  9. Masukkan hirisan batang pisang tadi. Dan shake lagi untuk lebih mudah tepung saluti hirisan batang pisang ni.
  10. Ini dah disaluti tepung tadi.
  11. Goreng dengan api sederhana dan deep fry.
  12. Dah siap. Awak boleh taburkan chili flakes dan serbuk cheese untuk lebih berinovasi.

Tips:

  • Pakai kulit batang pisang lapisan kedua.
  • Batang pisang apa pun boleh.
  • Deep fry dan jangan gunakan api kuat.
  • Goreng garing.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Deanna Chee Via MAHN

 

tags: