Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» Gadis Ada Ijazah Bidang Kimia Kerja Restoran Makanan Segera, Pengangguran Berleluasa, Ramai Kongsi Keresahan Sama

Gadis Ada Ijazah Bidang Kimia Kerja Restoran Makanan Segera, Pengangguran Berleluasa, Ramai Kongsi Keresahan Sama

Kategori:
pengangguran berleluasa

Semakin ke hadapan hari, situasi di negara ini semakin membimbangkan. Ini kerana, pilihan kerja bagi industri di Malaysia semakin tidak menjanjikan apa-apa. Ramai graduan terpaksa menganggur dan beralih kepada pekerjaan yang harus ditelan untuk memperoleh wang dan gaji.

Tawaran kerja yang sesuai dengan bidang dipelajari sangat terhad. Ramai graduan memiliih untuk menyambar sahaja sebarang tawaran pekerjaan. Walaupun ia berbeza dengan apa yang dipelajari serta tangga gaji yang selayaknya diterima.

Gadis Ada Ijazah Bidang Kimia Kerja Restoran Makanan Segera, Pengangguran Berleluasa, Ramai Kongsi Keresahan Sama

Hal tersebut menjadi perbualan hangat dalam kalangan rakyat selepas seorang pengguna TikTok berkongsi video dirinya yang berjaya bergelar graduan dan memiliki ijazah dalam bidang kimia namun kini bekerja di sebuah restoran makanan segera.

pengangguran berleluasa

Dalam keterangan video terbabit, dia berkata “tidak pekerjaan yang sempurna, tetapi rezeki semua datang daripada Allah,” jelasnya.

Hal ini menimbulkan kerisauan kepada orang ramai. Lebih-lebih lagi kita sedia maklum, kerja dalam industri F&B tidak memberi pulangan yang memberangsangkan berbanding titik peluh yang kita curahkan. Ia bagaikan eksploitasi daripada syarikat besar kepada pekerja bawahan yang mendapat sedikit gaji.

Berbalik kepada video terbabit, walau dia menjelaskan bahawa dia sangat bersyukur dengan rezeki yang diterima saat ini, kebanyakan netizen di ruangan komen meluahkan rasa khuatir dengan keadaan sekarang. Ini kerana tenaga kerja yang berpendidikan tinggi terpaksa mencari rezeki dengan tangga gaji yang sangat minimum.

pengangguran berleluasa

@ainxang No perfect job, but riqz is from Allah. #fyp #thankful ♬ original sound – Kim2 & May2 Official πŸ³οΈβ€πŸŒˆ – kimkim________

Mengambil salah satu komen netizen, Mrs. Snow berkata, “ini yang saya paling risau, bila belajar tinggi akhirnya kerja tidak menentu, buat saya menyesal seumur hidup saya.

Selain itu, ada juga di kalangan netizen berkongsi kisah yang sama memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan kerana industri lain tidak memberi peluang selepas habis belajar.

“Kalau saya, diploma dan degree holder, sekarang pekerja sepenuh masa grab rider dah hampir 3 tahun. Semangat okay!”, katanya memberi semangat kepada gadis berkenaan.

Selain itu, artis terkenal Fazura juga turut dilihat memberi semangat.

“Semoga Tuhan memudahkan urusan kamu. Perjaya kepada proses dan perjalanan indah kehidupan awak. Sesuatu yang baik akan datang,” kata Fazura kepada gadis berkenaan.

“Pengangguran Berleluasa? Negara Kita Gagal, Atau Mana Silapnya?”

pengangguran berleluasa

Bercakap berkenaan hal ini, ia harus ada solusi daripada pihak atasan. Bermulanya kaji selidik di awal persekolah, sememangnya harus memandang kritikal kepada keperluan industri.

Tetapi, ini bukan bermaksud bekerja di industri F&B tidak dapat memulangkan apa-apa. Setiap orang punya cita-citanya yang tersendiri dan hal itu tidak salah.

Hanya secebis harapan untuk sistem dalam F&B lebih menghargai titik peluh pekerja yang berkerja untuk kejayaan operasi restoran. Dan, diharap pengangguran berleluasa ini akan dapat diberi respond oleh pihak perwajib.

Sumber: ainxang

Baca juga: Pekerja Kedai Makan Hantar Makanan Sambil Berlari, Pelanggan Kagum Tak Tumpah Langsung!

tags: | |