Resepi keropok lekor ini adalah perkongsian daripada Ayu Hidayu di laman Facebook. Menurutnya, ini kali pertama dia cuba membuat keropok lekor dan sos pencicah sendiri. Mujur menjadi katanya.
Tak susah sangat nak membuatnya, yang paling penting kena ada keinginan dan tidak takut untuk mencuba.
Sepanjang tempoh PKP ni lah masa untuk mencuba pelbagai resepi baru.
Paling best, keropok ni resepi homemade. Kebersihan terjamin, garam gula pun kita boleh kawal. Halalan wa toyyiban.
Jom ikuti perkongsian daripada Ayu Hidayu. Jangan lupa cuba ya resepi keropok lekor mudah ni!
RESEPI KEROPOK LEKOR
Pertama kali buat keropok lekor dan sos pencicah sendiri…mujur menjadi..guna ikan temenung lemak yg tgh murah di pasaran..rupanya x susah sgt nak buatnya..janji ada keinginan dan x takut mencuba…try n error jer..Masa pkp ni la kan nak cuba apa pun.
Bahan-bahan:
- 20 ke 25 ekor ikan temenung lemak (ikan kembung), ambil isi sahaja
- 2 cawan tepung ubi
- 1 cawan tepung gandum
- Garam ajinomoto
- 1 sudu baking powder
Cara buat:
- Kisar isi ikan dengan sedikit air (agak-agak sehingga boleh dikisar).
- Gaulkan isi ikan yang telah dikisar dengan tepung ubi, tepung gandum, garam, ajinamoto, baking powder. Tidak perlu tambahkan air.
- Uli sehingga menjadi doh. Selepas itu letak sedikit minyak untuk bagi doh licin.
- Letak sedikit minyak masa nak gentel kat pelapik supaya tidak melekat.
- Sementara itu, rebuskan air dulu dalam kuali besar.
- Selepas air mendidih, masukkan keropok yang sudah digentel tadi. Masak sehingga keropok itu terapung bermakna sudah masak elok. Toskan dan sejukkan sebelum dipotong.
- Gorengkan keropok untuk makan bersama sos pencicah.
RESEPI SOS PENCICAH
Bahan-bahan:
- 3 sudu cili kering yg dikisar
- 1 cawan air
- 1 sudu besar cuka
- 2 sudu gula
- Garam , ajinomoto
- Seketul gula merah
- Sikit air asam jawa
- 1 sudu tepung jagung
Bahan-bahan:
- Campurkan semua dlm periuk kecuali tepung jagung.
- Kacau sampai mendidih. Baru masukkan bancuhan tepung jagung kacau sampai pekat likat. Tutup api.
- Siap untuk dijadikan pencicah keropok lekor.
Selamat Mencuba!
Kredit: Ayu Hidayu