Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jangan Selalu Sangat Makan Cheese Leleh ! Ini Kesannya Pada Kesihatan Lebih-Lebih Lagi Bagi Pesakit Diabetes

Jangan Selalu Sangat Makan Cheese Leleh ! Ini Kesannya Pada Kesihatan Lebih-Lebih Lagi Bagi Pesakit Diabetes

Kategori: ,

Siapa tak suka dengan cheese leleh atau keju cair ? Lagi-lagi jika ia melimpah atas makanan, memang tidak dinafikan sangat nikmat rasanya.

Rasanya yang sangat memikat membuatkan keju cair ini menjadi kegilaan dan trend di kalangan rakyat Malaysia.

Setelah ramuan keju cecair ini dijumpai, ia diibaratkan sebagai satu bahan tambahan wajib untuk pengusaha makanan meningkatkan nilai produk yang mereka jual.

Sebut saja apa-apa makanan segera yang terlintas di minda, pasti ada versinya yang dituang dengan cheese leleh.

Mungkin kita tidak sedar tetapi hakikatnya makanan yang telah ditambah cheese leleh boleh menghilangkan khasiat sebenar makanan.

Sebagai contoh, roti naan yang dibakar tanpa minyak sebenarnya adalah alternatif yang lebih baik berbanding roti canai yang berminyak.

Namun, ia berubah menjadi makanan yang tidak sihat kerana diletakkan keju cair dalam kuantiti yang banyak.

cheese leleh

Cheese Leleh Tak Sesuai Dimakan Selalu !

Trend meletakkan keju cair pada makanan dilihat membimbangkan kerana masih ramai yang belum tahu kandungan sebenarnya.

Berdasarkan perkongsian dari Public Health Malaysia, cheese leleh mengandungi banyak perasa tambahan seperti garam dan gula.

cheese leleh

Tahukah anda terdapat satu lagi bahan makanan proses yang terkandung dalam cheese leleh iaitu Maltodextrin. Apa itu Maltodextrin ?

Ia merupakan bahan tambahan yang banyak digunakan untuk memekatkan serta menambah jumlah makanan proses.

Yang merisaukan, ia juga mengandungi indeks glisemik (GI) yang sangat tinggi.

Ini bermakna pengambilan keju cair akan membuatkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak.

Jelaslah di sini bahawa ianya tidak sesuai untuk diambil oleh pesakit kencing manis. Bagi individu yang sihat pula, pengambilan keju cair secara kerap pula boleh meningkat risiko kencing manis pada masa hadapan.

Lihat sajalah makanan yang disimbah dengan cheese leleh di bawah. Menurut anda, adakah ia berkhasiat ?

cheese leleh

Pilihan untuk makan secara sihat terletak di tangan anda. Kita juga pasti tidak mahu anak-anak kita cepat gemuk dan tidak aktif akibat pemakanan yang tidak sihat.

Tidak salah untuk makannya sekali sekala, namun jangan terlalu sering makan cheese leleh demi kesihatan anda. Dikhuatiri ia boleh membuatkan berat anda bertambah serta meningkatkan risiko kencing manis ! Jadi, elakkanlah mengambil keju cair dan pilihlah makanan yang lebih sihat untuk menjamin kesihatan badan.

tags: