Pastinya isu vitamin ini merupakan isu yang agak besar pada hari ini. Seiring dengan kemunculan wabak Covid-19 ini memang kita dapat lihat banyak sangat yang promote atau menjual vitamin. Pelbagai jenama dan jenis vitamin yang berada di pasaran. Vitamin C, Vitamin B2, Vitamin D, Vitamin E dan pelbagai lagi vitamin lain.
Namun suka untuk diingatkan, setiap vitamin yang diambil seeloknya dapat nasihat daripada doktor atau pakar terlebih dahulu. Hal tersebut adalah bagi menggelakkan pelbagai masalah yang bakal berlaku di kemudian hari.
Walaupun pengambilan vitamin ini boleh memberikan kebaikan kepada kita namun jika diambil secara berlebihan ia mungkin boleh membawa padah.
Pusat Racun Negara ada menjelaskan beberapa perkara berkenaan dengan dengan perkara ini. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Tentunya anda pernah mendengar pepatah, “terlalu banyak perkara baik boleh menjadi perkara buruk.” Pengambilan vitamin yang berlebihan boleh memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan anda.
Ini mungkin kedengaran bertentangan dengan pendapat umum kerana vitamin sering digalakkan pengambilannya sebagai tambahan kepada nutrien yang mungkin kurang dalam diet kita.
Dos vitamin yang sesuai adalah berbeza mengikut individu. Ia bergantung kepada jantina, umur, dan juga mengambil kira jika individu tersebut sedang hamil, menyusukan anak atau mempunyai masalah kesihatan yang tertentu.
Terlebih dos (‘overdose’) vitamin boleh terjadi sekiranya seseorang itu mengambil dos yang lebih banyak daripada keperluan harian dan untuk jangka masa yang panjang.
Walaupun badan kita dapat mengeluarkan semula kebanyakan amaun vitamin larut air (‘water-soluble’) seperti vitamin C yang diambil secara berlebihan, tetapi badan mengekalkan vitamin larut lemak (‘lipid-soluble’) seperti vitamin A, yang boleh menjadi toksik.
Jadi, jika anda mengamalkan pengambilan vitamin tambahan, ambillah mengikut dos yang disarankan. Sumber vitamin yang terbaik adalah daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sumber: Pusat Racun Negara
Kredit: Saran Makan 2000 Mg Vitamin C Sehari Untuk Cantik, TikTok Famous Ini Dikecam!