Ketam adalah antara hidangan makanan laut yang digemari ramai. Ia bole dihidangkan dengan pelbagai cara masakan. Dengan isinya yang manis, lembut ditambah dengan rasa masin,pedas memang akan bertambah nasi kan? Mari kita cuba resepi Ketam Kari Masak Telur ni, confirm menjilat jari!!

Bahan-Bahan:

  • 2kg Ketam
  • 3 Biji Telur
  • 1 dan 1/2 Sudu Besar Perencah Stok Ayam
  • Sos Cili (1/2 Mangkuk)
  • Serbuk Kari (3 Sudu Besar)
  • Halia dan Bawang Merah (ditumbuk)
  • Minyak
  • 1 dan 1/2 Mangkuk Air
  • Sedikit Garam

Cara-cara :

  1. Tumis bahan tumbuk, halia dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan kacau sehingga garing.
  3. Masukkan sos cili dan kacau sebati
  4. Seterusnya masukkan ketam dan air
  5. Tutup periuk dan biarkan merenih sampai menggelegak.
  6. Masukkan garam, perencah stok ayam dan telur.
  7. Gaul sebati
  8. Siap untuk dihidangkan!!

Kredit : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1 times!)