Seperti sebelum-sebelum ini, KFC tidak pernah mengecewakan pelanggannya dan sentiasa menyajikan hidangan yang ‘fresh’ dan sedap sesuai dinikmati seisi keluarga.
Kali ini, KFC perkenalkan menu baharu iaitu Nasi Kari Atuk yang akan berada di pasaran mulai 30 April 2020. Nasi Kari Atuk khas buat anda yang menggemari kari. Nikmatilah nasi dan ayam goreng bersama kuah kari istimewa yang enak berlemak.
Kari Atuk yang unik adalah kaya dengan rasa rempah kari yang diperbuat daripada campuran rempah kari tradisional dan santan, dicampur pula potongan kentang dihidangkan bersama Sambal Atuk yang rasanya pedas dan sesuai dinikmati bersama kuah kari. Kiranya memang gabungan terbaik! Harga bagi set menu istimewa ini bermula dari RM16.30 sahaja.
Set 2 dan 3 ketul ayam ini dilengkapi dengan pilihan ayam goreng biasa atau pedas, kari dan sambal atuk, nasi, coleslaw dan minuman yang menyegarkan.
Dalam set box meal ini, anda akan mendapat Kari Atuk Rice Bowl (nasi yang disiram dengan Kari Atuk dan di atasnya kepingan ayam rangup, sepotong ayam goreng, kentang putar, coleslaw, tender ayam rangup dan minuman. Set box meal ini sangat sesuai untuk seseorang yang mahukan lebih banyak pilihan!
Bagi anda yang ingin merasai sendiri menu istimewa dari KFC ini, anda boleh dapatkan di KFC terdekat anda esok. Bukan sahaja boleh dapatkan secara ‘self-collect’, bawa pulang, pandu laju dan menu ini turut tersedia di aplikasi dan laman sesawang KFC, foodpanda dan juga GrabFood.
Anda diingatkan untuk menempah awal kerana KFC akan menerima pesanan terakhir pada jam 7 malam berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Jangan lupa untuk cuba menu terbaru dari KFC ini esok!
Selamat Mencuba!
Sumber : KL foodie
Baca juga : Biskut Raya Badam Coklat , Hanya Menggunakan 2 Bahan Tapi Rasa dia Wow!
“Bantu BeriMakan Fakir Miskin Sempena Ramadhan Ini Di donation.dailymakan.com“