Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Pernah Ada Kelas Tambahan” – Ramai ‘Pelajar’ Gagal Tiru Resipi, Khairul Aming Ajar Semula Cara Masak Secara Live

“Tak Pernah Ada Kelas Tambahan” – Ramai ‘Pelajar’ Gagal Tiru Resipi, Khairul Aming Ajar Semula Cara Masak Secara Live

Kategori: ,
Khairul Aming

Saban tahun, apabila tibanya bulan Ramadan, Khairul Aming akan berkongsi resipi tentang masakan-masakan yang memberi inspirasi kepada pengikutnya untuk dimasak berbuka atau sahur.

Dan saban tahun juga, ramai yang mengikut resipi Khairul Aming, tetapi gagal kerana ‘derhaka bahan’ iaitu membuat bahan tanpa mengikut apa yang diajar oleh Khairul Aming.

“Tak Pernah Ada Kelas Tambahan” – Ramai ‘Pelajar’ Gagal Tiru Resipi, Khairul Aming Ajar Ajar Semula Cara Masak Secara Live

Gara-gara ramai yang gagal meniru resipi masakannya, pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming tampil berkongsi semula resipi menu masakannya.

Khairul Aming

Menerusi sesi siaran langsung, figura yang terkenal dengan ‘tagline’ hey what’s up guys sekali lagi menunjukkan cara-cara memasak ‘Crispy Thai Pancake’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menuji usaha Khairul Aming bersungguh mahu memastikan resipi masakannya difahami ramai.

Live Video Sebagai Kelas Tambahan

Khairul Aming

Malah, ada juga yang menggelarkan sesi siaran langsung tersebut sebagai ‘kelas tambahan’ buat warganet yang gagal menjayakan resipi tersebut.

“Pensyarah bertanggungjawab, siap buat kelas tambahan buat pelajar yang gagal,” kata salah seorang netizen.

Untuk rekod, menerusi perkongsian di media sosial, ada yang memuat nasik hasil masakan yang jauh berbeza daripada apa yang ditunjukkan oleh Khairul Aming.

Sumber: Khairul Aming

Baca juga: Tular Ramai Kritik Kek Hitam Premium RM39 Mahal, Peniaga Ini Turunkan Harga Kepada RM29

tags: | |