Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sambal Nyet Cecah RM7.5 Juta Setahun, Khairul Aming Bina Kilang & Habiskan RM1 Juta Lebih 

Sambal Nyet Cecah RM7.5 Juta Setahun, Khairul Aming Bina Kilang & Habiskan RM1 Juta Lebih 

Kategori:
KHAIRUL AMING BINA KILANG

Umum sudah mengetahui bahawa influencer dan usahawan berjaya, Khairul Aming. Selain terkenal di media sosial dengan pelbagai video resepi yang ringkas dan menarik untuk ditonton, beliau juga telah menjual sambal tersendiri iaitu Sambal Nyet.

Semenjak diperkenalkan, jualan Sambal Nyet mendapat sambutan. Pernah mendapat terjual 10,000 botol dalam masa 3 minit sahaja, Khairul Aming turut kongsi rasa bersyukur di laman Twitter kerana Sambal Nyet yang telah mencecah RM7.5 juta ringgit selepas satu tahun berada di pasaran.

Khairul Aming Bina Kilang Dan Habiskan RM1 Juta Lebih Untuk Kilang Sambal Nyet

Selain berkongsi kejayaan Sambal Nyet baru-baru ini, Khairul Aming turut mahu followersnya mengenali kilang yang telah didirikan untuk penghasilan Sambal Nyet. Terletak di Kota Bharu, Kelantan dengan keluasan sebanyak 14,000 kaki persegi, beliau telah mendirikan kilang itu di negeri kelahirannya.

Penghasilan Sambal Nyet bermula dari rumahnya, usahawan berjaya itu memilih untuk mengembangkannya dan mula mencari lokasi yang sesuai oleh kerana mendapat permintaan yang sangat tinggi. Selepas menyewa di sebuah lot kedai, akhirnya beliau telah berjaya membina sebuah kilang yang sesuai untuk menghasilkan produk itu.

Walaupun pada mulanya beliau berasa keberatan untuk berbuat begitu, dia menyahut cabaran dan sedia untuk belajar mengenai proses pembuatan kilang dan produk dari awal sehingga akhir. Meskipun proses itu diakui agak mencabar dan RM1 juta ringgit telah dihabiskan, Khairul Aming bagaimanapun berasa sangat gembira dengan kilang yang berjaya dibina.

Setiap Kejayaan Ada Juga Kesilapannya

Setelah memberi tour kilangnya pada followers setia, Khairul Aming turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokongnya dan team yang telah menyokongnya sehingga mampu mendapat pencapaian hebat seperti sekarang.

Namun begitu, kejayaan sekarang tidak datang dengan mudah. Khairul Aming turut akui bahawa pelbagai kesalahan yang telah dilakukan olehnya seperti tersilap beli mesin, bahan, design layout dan sebagainya. Tapi semua itu diambil sebagai pengajaran buat dirinya. Tanpa hal itu, mungkin kilang yang ada sekarang tidak akan beroperasi seperti sekarang.  KHAIRUL AMING BINA KILANG KHAIRUL AMING BINA KILANG

KHAIRUL AMING BINA KILANG

Khairul Aming Harap Mendapat Pengiktirafan Sijil Halal Dan MeSTI Pada Tahun Ini

Teruja, Khairul Aming memaklumkan bahawa kilang tersebut masih lagi belum seratus peratus siap dibina dan masih lagi dalam proses penambahbaikan. Selain itu, pihaknya juga berharap bahawa kilang dan produknya berjaya mendapat sijil Halal dan MeSTI pada tahun ini.

Dengan adanya kilang ini, Khairul Aming turut mengakui bahawa pihaknya sedang menghasilkan satu lagi produk untuk  dipasarkan pada masa terdekat. KHAIRUL AMING BINA KILANG KHAIRUL AMING BINA KILANG KHAIRUL AMING BINA KILANG

Tahniah diucapkan pada Khairul Aming dan semua yang terlibat. Semoga mencapai target yang telah ditetapkan pada tahun ini dan berjaya memasarkan produk Sambal Nyet pada pasaran yang lebih besar.

Kredit & Sumber Gambar: Twitter Khairul Aming

Baca Juga: “Pian Redha Je Dengan Dugaan Ini..” Pian Kpop Menangis Pilu, Timun Cina Yang Ditanam Musnah Akibat Banjir

 

tags: | |