Satu Malaysia pasti mengenali Khairul Aming yang merupakan influencer makanan terkenal. “Hey what’s up guys”, itu antara intro yang biasa kita dengan dalam setiap video masakan beliau. Resepi yang dikongsikan sangat mudah untuk diikuti dan oleh sebab itu beliau berjaya menarik perhatian netizen.
Baru-baru ini Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman telah menghebohkan laman sosial bila mana dia berjaya menjual 10,000 unit Sambal Nyet yang baru dikeluarkannya hanya dalam masa 54 minit sahaja.
Namun, rupanya Khairul Aming pernah menjual sambal juga sebelum ini iaitu pada tahun 2017. Sambal Nyet yang viral sekarang bukan secara tiba-tiba boleh viral. Ada cerita disebaliknya yang ramai tak tahu.
Sekarang ini kita cuma nampak kejayaan beliau. Kisah jualan merudum, rugi berpuluhan ribu, tebalkan muka untuk buat personal branding bertahun-tahun, itu semua kita tak tahu. Banyak yang kita boleh belajar dari kisah yang dikongsikan oleh beliau sendiri.
Sumber: Khairul Aming