Semalam, majlis TikTok Awards Malaysia 2024 telah berlangsung dan menampilkan ramai pencipta kandungan (content creator) yang dikenali ramai.
Selain itu, pemilihan Khairul Aming sebagai juri kali ini amat signifikan dengan kejayaan yang dinobatkan sebaya Creator of The Year pada tahun lepas.
Semasa ucapannya di TikTok Awards Malaysia 2024 semalam, sekali lagi isi ucapan yang dilontarkan Khairul Aming menarik perhatian yang mendengarnya.
Di dalam ucapannya, dia menegaskan tentang pentingnya ilmu pendidikan kepada content creator kerana mereka merupakan antara penggerak dalam membentuk pemikiran masyarakat.
Jadi, apabila menjadi content creator – seseorang itu mestilah menjadi content creator yang bertanggungjawab serta memberikan impak positif kepada orang ramai.
“Sebenarnya tiada masalah menjadi content creator, sebab banyak impak positif yang kita boleh bagi kepada masyarakat. Tapi dalam masa yang sama, kita boleh jadi pengaruh yang kurang baik jika kita membuat content tanpa rasa tanggungjawab.
“Sebagai contoh, demi mengejar view dan juga engagement, ada yang sewenang-wenangnya lontarkan perkataan seperti pendidikan itu tidak penting. Atau pun bad marketing is a good marketing ataupun tak apa lah orang kecam, asalkan kita kaya,” katanya dalam ucapan berkenaan.
Dia menegaskan, jika content creator mengamalkan strategi seperti itu, lama kelamaan ia akan meracuni pemikiran anak muda dengan pemikiran yang mundur ke belakang.
Jadi, dia mengajak semua content creator di luar sana untuk sama-sama berganding bahu dalam membentuk masyarakat dengan pemikiran kritis, bukan prejudis.
Sumber: TikTok Awards Malaysia 2024