
Sebut sahaja Khairul Aming, pasti anda kenal dengan pempengaruh tempatan yang sudah mendunia ini.
Khairul Aming dikenali dengan video-video memasak selain terkenal dengan personaliti sebagai influencer atau pempengaruh yang baik.
Dan bila tiba bulan Ramadan, pasti antara menu dan resipi yang ditunggu ramai adalah menu atau masakan yang dimasak oleh Khairul Aming.
Menariknya, konten Ramadan Khairul Aming yang telah masuk tahun kelapan itu tampil dengan pembaharuan dan penuh kelainan.
Jelas Khairul Aming di Instagram miliknya, dia akan menyediakan sebanyak 60 resipi berbanding tahun sebelumnya yang hanya 30 resipi.
Malah, dia bersama kumpulannya mengambil masa selama dua bulan untuk menyediakan kandungan istimewa buat pengikutnya.
“Kali ini KA dan team akan letak effort yang lagi lebih, kita spend masa lebih dua bulan untuk semua shoot dan edit semua video.
“Tahun ini kita bukan ada 30 resipi tetapi 30 hari 60 resipi,” katanya.
Lebih mengujakan, Khairul Aming akan turut mengadakan live stream di bazar-bazar terpilih untuk menyokong peniaga tempatan.
“KA hendak fokus kepada live stream so kita kan buat banyak live daripada bazar ke bazar untuk tunjuk bazar mana yang best dan untuk support (sokong) peniaga local,” jelasnya.
Tidak hanya itu, Khairul Aming yang juga merupakan usahawan Dendeng Nyet Berapi akan memperkenalkan satu siri baharu sempena konten Ramadan pada kali ini iaitu Aming In Oman.
“Selain daripada 30 Hari 30 Resipi, tahun ini kita nak bawa keistimewaan baru, kita nak bawa anda jalan-jalan ke Oman.
“Untuk Oman series (siri) ini, kita akan ada lapan episod eksklusif yang KA akan tayangkan sepanjang bulan Ramadan.
Tambahnya lagi, dia sendiri tidak sabar untuk mempersembahkan kandungan tersebut kepada pengikut setianya.
Difahamkan, kandungan tersebut akan mula dimuat naik menerusi laman sosial rasmi bermula hujung minggu ini.
Sumber: Khairul Aming
Baca juga: Pengusaha MIXUE Mula Perniagaan Dengan Pinjam Duit Nenek, Jerih Perihnya Jadi Inpirasi Ramai