Satu Malaysia pasti mengenali Khairul Aming yang merupakan influencer makanan terkenal. “Hey what’s up guys”, itu antara intro yang biasa kita dengan dalam setiap video masakan beliau. Resepi yang dikongsikan sangat mudah untuk diikuti dan oleh sebab itu beliau berjaya menarik perhatian netizen.
Baru-baru ini, Khairul Aming ada menyatakan dia ingin membuat giveaway sempena 500k followers di Twitter beliau. Turut bertanya pendapat netizen apa giveaway yang patut dilakukan. Namun, apa yang menarik perhatian adalah ada salah satu yang reply berjaya menarik perhatian Khairul Aming.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ashraf menceritakan hasrat isterinya yang mengidam masakan Khairul Aming, walaupun dia sudah cuba untuk meniru resepi yang dikongsikan namun rasanya tetap mengecewakan.
Bang, isteri saya yg pregnant teringin sangat masakkan Khairul Aming. Saya masak tiru resepi Khairul Aming pun dia kata tak sedap. Bantuin bang 🙏🏻🙏🏻
— fernando (@ashrafahmas) December 6, 2020
Prihatin dengan luahan tersebut, Khairul Aming menunaikan ‘hajat’ isteri lelaki tersebut dengan memasak dan hantar kepada mereka berdua. Dalam video yang dikongsikan oleh Khairul Aming di Twitter, memaparkan proses memasak bermula dari membeli bahan sehinggalah ke proses penghatara kepada mereka berdua.
alhamdulillah hajat dah disampaikan. selamat menjamu selera Asyraf & Wife! 😄😄 https://t.co/sli5dKOTxU pic.twitter.com/vdEGqZHDJi
— Khairulaming (@khairulaming) December 7, 2020
utk lunch tadi kita buatkan daging harimau menangis, sotong dan ayam bakar. Cicah dengan sos thai yang masam masam pedasss pic.twitter.com/AU5YxedfWN
— Khairulaming (@khairulaming) December 7, 2020
Antara menu yang telah dimasak adalah daging harimau menangis, sotong dan ayam bakar bersama sos Thai istimewa buat mereka berdua. Terliur tengok!
Netizen turut menuji usaha Khairul Aming yang menunaikan hasrat ibu mengandung. Jom lihat komen netizen yang agak ‘mencuit’ hati di bawah.